Friday, October 15, 2010 By: Ira

bila dikacau "tetamu" malam

Ikutkan hati nak je minta dgn cik bos tukar kerja pagi atau petang...tapi bila mengenangkan anak masih kecik dan memerlukan masa dirumah..terpaksalah bersabar kerja malam.Ini kali yg 3-4 Ira di kacau oleh "tetamu"yg tidak nampak dimata kasar.

Baru2 ni Ira kena jaga Level 3B,kebetulan ada patient Ira yg agak nazak..maklumlah sakit tua.Nak jadikan cerita..dalam pukul 02am patient ni mati..so...disebabkan seorg je staf malam utk satu depart..ira terpaksa minta bantuan dari kollega 3A. Mayat patient ni terpaksa kami uruskan..setelah doc sahkan kematian.

Ira dan kollega pun buatlah apa yg patut..cuci mana yg perlu..pakaikan cantik2..letak bible and tanda cross sudut tepi mayat.Kira2 dalam pukul 03:30 kami siap semua.Dah siap uruskan si mati..Ira terpaksa ronda2 kebilik yg lain..tukar mana yg perlu.Bila semua dah selesai..ira terpaksa bantu kollega 3A pulak..sbb depart ni agak berat sikit...yg memerlukan 2 org utk menukar pampers.

Dah habis bantu kollega tadi..ira pun kembali ke depart 3B,kebetulan keadaan agak tenang..so dapatlah ira minum secawan tea and kek..sambil layan tv jap.kalau cik bos tahu habis ni..hehe. Agak leka juga ira layan CSI Miami....dari bilik si mati Ira dengar perabot dialihkan..kebetulan bilik simati dekat dgn ruang tv....ira diamkan saja..walaupun takut.Kira2 10 minit kemudian..terdengar pulak toilet diflush dari bilik yg sama...masih diamkan lagi, yg buat ira tak tunggu lama..selepas alarm dari bilik simati tadi pulak berbunyi...terus turun ke level 1..

Kollega Ira agak pelik..nape ira turun tiba2..tapi teh secawan tadi tak tinggal.So sambil layan kopi bersama...ira pun cerita apa yg berlaku..kollega tadi(swedish) pun cakap..dia dah kena mcm2..selama 8 thn di kerja malam disitu.Bila dah tenang Ira terpaksa naik balik ke 3B..ira buka ayat2 suci al-quran dari komputer.Alhamdullilah..takde lagi gangguan lps tu.

0 comments:

Post a Comment