Monday, December 28, 2009 2 comments By: Ira

umur bartambah lagi setahun

hari ni umur ira bertambah lagi.makin tua.tapi apalah yg ada pada umurkan..itu hanya number jekan.yg penting hati sentiasa muda dan sentiasa vouge.hehehe,perasan pulak .semalam tepat jam 12 mlm..en hubby dah wish awal2..siap dgn kiss lagi.love u honey.

hadiah tahun ni...minta en hubby belikan tiket balik kampung lps tahun baru.yelah balik dgn tak planning sbb abah kat kampung sakit.walaupun tak teruk..tapi risaulah.biarlah ira balik sekarang dgn daniel.maisarah tinggal dgn pappa sbb sekolah.takut apa2 jadi dkt abah..menyesal tak sudah nanti.

rupanya dah lama juga abah tak lalu makan..cuma ma je tak nak bgtahu ira..sbb katanya tak teruk.mcm ni lagilah ira risau.nak kerja pun mcm nak tak nak je.so..semalam dah call cik boss..minta semester(cuti) utk 3 minggu.dah nekad..nak balik kampung juga.

mcm thn yg sudah2 juga..tak buat party pun.dah tua2 ni..baik sambut dgn en hubby dgn anak2 je.masak special sikit.
Saturday, December 26, 2009 2 comments By: Ira

tak boleh tido

sejak 2 minggu lps ira tak boleh nak tido malam.paling lama dapat tido malam pun 3 jam kalau cuti.lps tu mata dah segar balik.lps pkl 7 am..mulalah mata mengantuk.ada juga yg jadi zombie kampung pisang ni.

nak minta pil tido dgn läkare(doktor) en hubby tak kasi.dia cakap tak elok nanti ketagih pulak.lps tu dia cakap panaskan susu..insyaallah dapat tido.mcmlah wife dia ni pengemar tegar susu.kalau letak dalam teh atau kopi lainlah cerita...kalau nak minum susu sahaja..sorry..rela berjaga malam..dari minum.

semalam ira tido sejam je...sampai habis drama korea Full House ira tgk.agaknya esok boleh khatam cite apa pulak.
Friday, December 25, 2009 0 comments By: Ira

potatisgrärang @ potato gratang

en hubby dgn anak2 takde pergi melawat adik ipar.yelah xmaskan.ira tak ikut sbb kerja malam tadi..so balik tido.di sebabkan seorg2 je..ira masak potato gratang.mudah je...budak2 pun suka.


bahan-bahan
  • 1 kg atau 12 biji kentang yg sederhana besar
  • 2 biji bawang besar..di potong dadu(jgn terlalu besar sgt)
  • 5 dl fresh milk
  • 3 dl cream cair(bukan whipping cream ye)
  • 2-3 susu teh garam
  • sedikit blackpaper,lada sulah dan garlic powder
  • 3-4 dl cheese parut.

cara-cara

  • potong kentang bulat2(jgn terlalu nipis..jgn terlalu tebal)
  • masukkan fresh milk dgn cream cair..lada hitam..lada sulah...garlic powder kedalam periuk bersama kentang dan bawang.masak lebih kurang 3-5 minit dgn api sederhana besar sehingga kentang agak2 lembut.
  • lps tu..letak dalam loyang dan taburkan cheese parut tadi.
  • bakar dalam oven dgn sushu 220 degree selama 20-25 minit.

*dibawah ni ira letak pic..mcm mana nak buat.tak paham..sila tinggalkan komen.oh ya......1 DL= 100 g*








puding roti

sejuk2 ni terasa nak makan puding roti.nak buat tak cukup bahan...nak pergi cari..malaslah pulak.apa kata ira share resepi dulu...


bahan-bahan

utk sos kastad
  • 1 tin susu cair
  • 2 susu makan tepung kastad
  • 2 susu makan gula

utk puding

  • 500ml susu segar
  • 8 keping roti
  • 4 sudu makan gula hangus }
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 biji telur di gaul rata dan kacau
  • 1sudu teh esen vanila
  • 1 sudu makan tepung jagung¨
  • 2 sudu makan kismis }

cara:

utk sos kastad

  • gaul kesemua bahan utk sos kastad
  • didihkan sebentar diatas api

utk puding

  • rendam roti yg telah di potong empat setiap satu bersama susu segar selama 1/2 jam di dalam loyang.
  • tuang kedalam loyang bahan yg telah di gaul
  • bakar dalam ketuhar dgn suhu 180degre selama 1/2 dan masak.angkat dan sejukkan.
  • tuang sos kastad di atas puding semasa menghidang.
Thursday, December 24, 2009 1 comments By: Ira

kuih bom atau kuih bijan.

maube ada setengah org panggil kuih bom..tapi ira panggil kuih ni kuih bijan.hehee

bahan-bahan

utk inti
  • 1/2 biji kepala parut
  • 1/4 gula kabung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandai
  • 1/4 cawan air

utk kuih

  • 240 gram tepung pulut
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 200ml air
  • 50g bijan
  • 1/2-1 kg minyak masak utk mengoreng.

cara

utk inti

  • gaulkan kesemua bahan inti kedalam keali dan masak dgn api yg sederhana.
  • kacau inti sehinggamerengas dan separa kering.angkat dan ketepikan.

utk kuih

  • masukkan tepung pulut,tepung gandum,air kapur serta garam kedalam mangkuk dan gaul rata.tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut.tambah air lagi jika tidak mencukupi.
  • ambil sedikit doh..bentuk bulat dan isikan inti tengah-tengahnya.kemudian golekkan keatas bijan.buat sehingga doh habis.
  • sementara itu panaskan minyak didalam kuali dgn api yg sederhana besar.
  • goreng kuih bom atau bijan sehingga keemasan.angakt dan toskan.boleh dihidang buat minum petang.

*blm pernah buat..tapi kawan pernah buat dgn resepi ini..mmg sedap*

kuih koci labu

ira nak share resepi hari ni.maybe hari minggu ni ira nak cuba buat kuih koci labu ni.dah lama dapat resepi ni..blm pernah cuba buat.

bahan-bahan

untuk inti
  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan gula kabung
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air

utk kuih

  • 1 biji labu(rebus dan lecek)
  • 1/2 sudu teh garam
  • tepung pulut secukupnya
  • daun pisang yg dilayur secukupnya
  • 1 cawan minyak masak

cara

untuk inti

  • gaulkan semua bahan2 inti dalam kuali dah jerangkan keatas yg sederhana.
  • kacau inti sehingga merengas dan separa kering.angkat dah ketepikan

untuk kuih

  • masukkan labu yg telah dilecek kedalam mangkuk.masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat ditangan.
  • bahagikan adunan kepada bahagian sedahana besar.bentukan adunan dan letakkan inti ditengah.bulat-bulatkan celup kedalam minyak.
  • bungkus adunan dgn daun pisang.buat sehingga selesai.
  • panaskan kukus.Masukkan bungkusan-bungkusan kuih koci tadi kedalam kukus.kukus selama 20-30 minit sehingga masak.

sedia utk di makan.

*pic takde sbb ira blm pernah cuba.nak cari labu dulu.kuih koci fav. ira*



Sunday, December 20, 2009 0 comments By: Ira

summer time

di sini sekarang salji tgh turun dgn lebat.nampaknya thn ni white xmaslah di sini.tgh sejuk..so ira saja2 letak pic masa summer itu hari.

daniel dgn pappa.dia malas nak jalan..terpaksalah papa dukung.ira tak larat.hehehe

masa ni kami naik paddan(bot kecik)jalan2 keliling gothenburg.seronok je naka2.



overlah pulak suka maisarah ni.



daniel yg rilek je.dia tak nak pakai safe jaket mcm kakak dia.




masa tgh menunggu turn nak naik paddan..sempatlah maisarah berposing mcm ni





syok je panas2 makan ice cream.






usap kepala papa tu daniel..jgn tak usap.licin jekan daniel.hehehehe







Saturday, December 19, 2009 3 comments By: Ira

nenek mentua

tadi ira dgn family pergi melawat mormor atau nenek mentua.dia sekarang duduk di rumah org2 tua dkt Lysekil.kira2 dalam 2 jam drive dari gothenburg.dah lama kami tak melawat.ingatkan nak bawa mormor jalan2 sambil minum2 coffee dkt cafe..tapi dia tak nak pakai jaket dgn kasut.so terpaksalah kami minum coffee dkt situ je.




Mormor Zanda Helberg.umur dah 83 thn.dah nyanyuk sikit.kami tak faham apa yg dia cakap tadi.sedih juga bila mormor tak kenal kami tadi.tapi apa ank buatkan..kami kena terima.
hubby mmg sayang sgt dgn mormor dia.hubby adik beradik mmh rapat sgt dgn mormor.so..bila mormor tak kenal dia tadi..dia sedih sgt2.

maisarah dan daniel pun menyibuk nak ambil gambar dgn gamla mormor(moyang).maisarah dulu cicit kesayangan..selalu dapat duit atau hadiah bila kami datang menziarah.sekarang..moyang dah tak kenal cicit.


mormor nak makan paperkaka sibuk ira nak bergambar.nasib dia tak mengamuk.hehehe



2 beranak ni..mengada2 je.tetap nak bergambar juga.sape lagi cute?hehehe




muka berlagak en hubby drive kereta baru.heheheh




snow lebat bila kami dalam perjalanan ke Lysekil.tapi dkt Gothenburg..mcm nak tak nak je snow turun.






sunset..pic tak cantik ambil dgn kamera murah.hehehe




































































pic ni ira ambil dari dalam kereta.malas nak stop..lagipun sejuk.








Monday, December 14, 2009 0 comments By: Ira

imbas kembali

kenangan dgn arwah kak ros
kak ina...mak anne...ira..mekyah@along

rindu pulak zaman kerja hotel dkt jln ampang.masa kerja dkt japanese restaurant.banyak kenangan takleh lupa.ada sedih..lucu..mcm2lah.

hujung2 bulan biasalah tgh sekek sikitkan sebelum dapat gaji...so masa ni lah mee maggie pun sodap je.yg selalu suplier maggi..mekyah@along.tapi sebungkus je dia bawa.jadi pkl 3am lps lunch restaurant tutup..sebelum buka balik utk dinner pkl 6.30ptg.so apa lagi..tak reti2 kami usung dapor bawa masuk tatami room nak masak maggie..dapor ni..yg selalu guest guna kalau order sukiyaki nabe.

so ira dgn mekyah pun mulakan projek masak maggie.mekyah cakap kalau letak udang sedap ni.udang mmg ada dalam akuarium utk buat sushi atau sashimi.apa lagi kami pun mulakan operasi nak tangkap udang dalam akuarium.mekyah tak berani..so iralah yg kena ambil.dia jaga pintu..mana tahu buatnya chef atau Gm,bos ke masuk tak ke naya.

mekyah ni takleh jadi tukang jaga pintulah..mesti tertangkap.elok je tangan ira tangkap udang..chef Abg Khamis masuk.tak reti2 kami kena rasuah dia..belikan rokok sekotak.kali kedua lagi best..tertangkap dgn ex boyriend sendiri.malunya.hari tu tak keluar makan dgn dia..sbb dia kerja petang.kalau tak mesti awal2 dah cabut pergi makan dkt KLCC atau makan dkt pizza hut.tak pun pergi ampang park cari novel.

sedih sgt2 bila ira dapat berita yg supervisor kak Ros meninggal accident. ira rapat juga dgn arwah kak ros..tempat untuk minta nasihat.kadang2 ira ni senget sikit yelah org muda.hehehe masa ni ira kat kampung.cuti2 balik kampung.semoga roh arwah di cucuhi rahmat Allah.masa ni anak bongsu kak ros..baru umur setahun.kecik lagikan.
sampai sekarang duda arwah blm kahwin2 lagi.


hasil kerja tangan maisarah


nilah hasil kraftangan terbaru maisarah.pensel box(dia yg bagitahu).cantikkan.lagipun dia mmg suka kalau kraftangan dgn melukis.ada je idea dia.ni dia buat masa fritid(bila habis sekolah..sebelum balik rumah).

baru2 ni ira dgn hubby ada samtal(perbincangan)dgn cikgu dia.cikgu dia pun cakap..maisarah kalau melukis ada je idea...yg kadang2 tak terfikir oleh kawan2 sekelas yg lain.first thing dia buat kalau masuk kelas..cari kertas dgn pensel nak melukis.bukan cari buku,sabar jelah anak dara ni.

dari dia pergi dagis (daycare)dia dah tunjuk minat2 melukis.sampai buku sekolah ira(masa ni ira belajar swedish)habis kena lukis.nak marahkan salah sendiri letak buku merata2.hehehe.pernah tanya dia..nak jadi apa?dia cakap nak jadi pelukis.so kalau dia dah minat...ira dgn hubby support jelah.
Wednesday, December 9, 2009 0 comments By: Ira

surat cinta utk cik boss and mesti kena maki dgn kawan2

semalam ira kerja depart 2,kebayakkan sape yg kena depart 2 ni..mesti megeluh sbb agak teruk jugalah dgn kerenah patient2 ni.dahlah malam2 kami kerja seorg2 utk jaga 16 org2 tua yg nyayuk dgn kerenah satu mcm dia org yg tak nak tido.sabar jelah.

kebanyakkan staff pagi atau petang ingat kerja malam selalunya tak banyak kerja.ingat semua org2 tua ni tido ke. kalau seorg ke 2 org tak tido..no problem..cuba kalau sampai 6 org.kalau tak gaduh takpe..ni dgn aggrasiv lagi.

dalam pukul 8.45 mlm ira ambil report dari staff petang.mcm biasalahlah..dia org cakap takde apa yg special berlaku...semua medicin pukul 8 dia org dah kasi.cuma natmedicin je ira kena kasi.selalunta ubat tido nat medicin ni.ira pun kasi dia org balik awal..walaupun blm pkl 9.kwn2 kan..pejam mata jelahkan.bos bukan ada.hehehehe

mcm biasalah ira akan ronda2 kuala lumpar hehehe..dari satu bilik ke bilik.tgk ada yg dah tido ke..belum.sekali tu bila masuk bilik yg pertama..patient takde atas katil...nak kata masuk hospital..masa ambil report tadi cakap..tido.mcm mana ni....
so..ira masuk toilet..rupa2nya dia org lupa nenek tu kat toalett.kesian tahu sampai..tertido atas kerusi dalam toilet.dahlah takleh jalan.so..ira panggil staff petang suruh tidokan nenek tu.tak tahu berapa lama nenek tu duduk kat toilet.lena pulak tu tido.hehehe

kalau ada kejadian mcm ni atau terlupa kasi ubat,,,kami kena tulis avvikesel rapport(ira nak terang pun tak reti...mcm surat complenlah) kasi bos.sebetulnya ira malas nak tulis..yelahkan kawan2 kerja kita..tapi bila dah terjadi mcm ni..dah kira serius tau.sepatutnya kes2 yg mcm ni tak terjadi,mesti ira kena maki dgn dia org ni..sbb tulis surat cinta utk bos.hehehe

nak pejamkan mata pun...tak boleh.sbb melibatkan etika kerjakan.kalau ikutkan ira ni baiklah juga(puji diri nampak)sbb mmg susah nak tulis surat2 cinta2 utk bos.kadang2 dia org ni mcm nak wars je dgn staf malam.sikit2 tulis surat ayat2 cinta kat bos.menda2 yg remeh pun nak komplen.

sebtulnya ira pun pernah kena..kesnya ira tak kejutkan atok ni pergi toilet kencing.bukan tak nak kejutkan..atok ni kalau dah bangun susah nak tido.kalau dia tak bising..buka pintu bilik yg lain..tak kisah.tulah sbb bila dia tido lena ira tak kejutkan.tapi masa bagi report dah cakap dgn staf pagi..pergi blik atok ni dulu..siapkan dia mana yg patut.

esoknya bila kerja..bos panggl pasal surat cinta itu.tapi tak seriuslah..ira explainlah kat bos..siap tunjuk report yg ira tulis.bos cakap..ok..takde apa2.itulah pertama dan harap2 terakhir surat cinta pasal ku sampai dekat bos.

berbalik pasal surat cinta yg ira tulis...harap2 dia org ambil pengajaran pasal ni.kalau buatnya nenek tu terjatuh dari kerusi..patah kat mana2..satu hal nak report dgn bos..dgn kaluarga nenek tu.nak kena uruskan masuk hospital.



Sunday, December 6, 2009 4 comments By: Ira

appointment

pkl 11 am nanti anak bujang ira ada appointment dgn doc.dahlah ira kerja..nampaknya balik takleh tidur.appointment kali ni pasal permakanan yg sesuai utk daniel.kenapa? sbb anak teruna kecik ira ni Laktosintolerans.

mana2 produk makanan atau minuman yg mengandungi laktosintolerans...daniel tak boleh makan.perut dia takleh terima..mulah berak2.so sekarang ira kena beli..fresh milk..butter laktosfrri.nak buat kuih atau kek terpaksalah ira beli butter yg laktosfri.

sebelum ira tahu yg daniel laktosintolerans...dia selalu demam...boleh dikatakan tiap2 minggu. pergi dagis(daycare)fröken(cikgu) call..suruh ira atau en hubby datang ambil daniel. kalau minum fresh milk atau butter..mesti berak2.ingatkan normal.hehehehe

last2 bila dia ada appoinment dgn barnmorska(nurse utk kanak) so kami buat test.kesian daniel kena ambil darah dkt lengan.nangis2 anak bujang kenitku.ira pun nak nangis sama.tapi bila dah dapat candy..hilang sakit.

seminggu selepas itu..test darah daniel keluar...dapat call dari läkare(doctor) mengatakan daniel Laktosintolerans.so terpaksalah kami beli produk makanan atau minuman yg tidak mengandungi laktos.kadang2 terbabas juga sbb lupa yg makanan tu ada laktos.sikit2 takpe kot.
hehehehe.
Tuesday, December 1, 2009 0 comments By: Ira

baby Alysha

comel tak baby Alysha.ini anak kawan ira.dah 3 bulan lebih umur dia.bila baby Alysha datang beraya..berebut ira dgn kak ani nak dukung.daniel pun sama sibuk nak cium baby.


tengah syok2 gomol..Alysha nangis...tak berhenti, masing2 dah panik..tak tahu nak buat mcm mana.bagi susu pun ak berhenti nangis.last2 bawa Alysha pergi vårdcentral(klinik).rupa2nya baby perut baby Alysha kembung.patutlah nangis.

mcm mana perut Alysha tak kembung..rupa2nya mummy dia makan pulut.lps tu Alysha pulak menyusu badan...tu yg boleh kembung.kesian Alysha...

dinner..dinner


nilah dinner ira sekeluarga utk hari ni.swedish food...atas req en hubby.

hubby....älskling det vår länge sen du lagar mormor mat.
(honey...dah lama u tak masak resepi mormor(nenek) )

ira...vilken är det?för att mormor lagar mat olika när vi kommer på hälsa henne?
(yg mana satu?momor masak lain2 resepi..masa kita datang melawat?)

hubby....mat som mormor brukar lagar..kött..brunnsås..morotter och lite grönsaker?
(food yg biasa mormor masak...daging...brown sos..carrot dgn sayur2 sikit?

ira.....ooooo..jat vet vilken du menar?so ringa mormor frågar resepi?
(ooo..ira tahu mana yg you maksudkan?call mormor..minta resepi?)

hubby....det bättre om du ringa honey...så du vet hur mormor lagar?
(lagi bagus kalau ira tepon sendiri mormor...so ira tahu mcm mana mormor masak?)

ira.....dia yg nak makan..kita yg kena call.(saja jawab bahasa melayu...biar dia tak faham.hehehe)


itulah hasilnya selepas....minta resepi dgn mormor.sayang mormor.
Monday, November 30, 2009 0 comments By: Ira

jobba..jobba..part 2

sambung balik ye...heheh.lunch en hubby pun dah masak.

selalunya kalau ada patient yg tenat...atau kat sini kami panggil paliativ vård(maknnya tak bagi makan..minum ubat sekali)masa ni bos mmg sediakan extra staff utk jaga yg nazak je.tapi kalau bernasib baik..anak2..bini atau sedara mara yg tunggu.kami masuk cuma tukar mana yg patut.masa ni juga patient akan dapat morfin.

bila kematian...kami kena uruskan.bersih mana yg patut..pakai cantik2.cadar yg khas.pasangkan lilin dgn kitab bible dia org.kalau berlaku kematian..hari jumaat..sabtu dan ahad...rumah mayat akan ambil pada hari isnin.jadi nasiblah sape kena kerja..masa tu ada mayat dalam bilik.2 minggu lps ira kerja weekend...nasiblah ada kematian..mayat dah 2 hari dalam bilik.
sbb mati pada hari jumaat.

cerita pasal kematian lagi ni...kesian ada satu patient ni..dahlah anak2 tak datang tgk..melawat.bila dah mati pun..tak nak datang.bila bos call..cakap nak datang.tapi tak datang2.mayat seminggu dalam bilik.kalau winter takpe juga..ni kalau summer..cepatlah berbau.
sampaikan kami terpaksa call rumah mayat datang ambil je.kesian kan...
Sunday, November 29, 2009 0 comments By: Ira

jobba...jobba

setelah cuti seminggu dan beraya sakan...mlm ni dah kena masuk kerja balik.malas je nak kerja..bila dah cuti panjang.sepatutnya ira kerja raya aidiladha tu...tapi minta tukar dgn kawan..so mlm ni ira kena kerja ganti dia balik.

ira sekarang cuma kerja malam je..masuk jam 21:00mlm sampai 07am.10jam masa kerja.tapi takpe..dapat night elaun..banyak.hehehhe.
tapi tulah...balik kerja nak tido je...sampai kwn cakap..ira dah mcm zombie kampung pisang.yg seronok kerja malam...bos takde...kerja seorg2...jadi takde org nak kacau.

lupa nak tulis..ira kerja dkt rumah org2 tua.seronok tau..nak2 kalau yg nyanyuk.enjoy layan walaupun kadang2 tu rasa nak marah juga.mmg kena banyak sabar dgn dia org.tapi tulah kadang2 kesian tau...ada yg takde anak..harapkan sedara mara..adik beradik.ada yg ada anak..tapi tak datang tengok.ada yg anak datang hari2.mcm2 kerenah dia org.

kadang2..org2 tua ni ok..sedara mara yg banyak kerenah.yelah kita pun faham dia org nak yg terbaik tapi kenalah faham..nak2 kalau malam..kami kerja seorg2 utk satu department.seorg nak layan 16 org kerenah org2 tua.mcm staf pagi dgn petang ingat..malam2 semua tido...takdelah..ada masa org2 tua ni..tak tido 2-3 malam tau.
dahlah aggressiv.

nak2 kalau ada kematian malam2..lagilah kami sibuk.terpaksa call semua department.kena minta tolong.nak kena bersihkan...pakai cantik2 sebelum doktor datang utk sahkan kematian.

*nanti ira sambung..nak kena masak lunch utk en.hubby*hehehe

salam aidiladha

selamat hari raya aidiladha..buat umat islam semua walaupun dah lepas.baru balik
berhari raya dari rumah kawan kira2 sejam drive dari rumah ira.kebetulan kawan dari Denmark pun datang dgn family dia so kami sama2 pergi beraya.

semalam ada open house dkt rumah kawan...ira masak soto ayam..buat kek pisang dgn cupcakes.kwn ira masak...rendang daging..dgn sambal jawa.kenyang makan semalam.
hubby masing2 pun enjoy makan.bukan senang nak makan sedap2.hehehe

dah 6 tahun tak balik raya dimalaysia..maknanya dah 6 tahun tak makan ketupat dgn lemang.walaupun suasana raya disini tak semeriah dikampung...atleast dapat berkumpul dgn kawan2 dari malaysia pun dah happy.terasa juga mcm raya.

bila call family kat kampung nak wish selamat hari raya aidiladha..sedih sgt bila dgr suara mak dgn abah.dia org mesti sedih sbb ira dgn family tak balik.sampaikan mak cakap...bilalah nak dapat beraya dgn anak2 ira.bukan tak nak balik beraya...tapi anak sulung ira dah sekolah...jadi nak tak nak kena tunggu raya jatuh pada summer.takkan nak ponteng sekolah sbb nak balik raya.

*sorry pic raya tak dapat nak letak sini..pc takleh nak upload gbr...geram betul*



Tuesday, November 24, 2009 1 comments By: Ira

coach..coach..coach


nilah koleksi terbaru ira.one set tu..dari handbeg..purse..tempat siling..yg satu lg tu..tak ingat apa nama.hehehe
ini pun kirim dgn kawan.terasa mcm mak datin pulak.hehehehe
ni pun hubby yg suruh beli..yelah..bini dia asyik memujuk je nak beg ni..lgpun bukan selalukan minta dgn en hubby.
bergaya dgn beg ni pun utk dia jugakan.sebetulnya ira cuma nak handbeg dgn purse je..tapi bila dihasut oleh kawan..beli tempat coin dgn yg satu lagi tu..terus terjebak membeli.en hubby geleng kepala bila cakap...kena tambah duit..sbb ada tambah barang lagi.makin botak kepala en hubby yg sedia botak.

sonny eriksson


birthday dah dekat..so dah kasi tahu en hubby nak hp ni...tapi en hubby blm kasi jawapan.mcm tak dapat je.hehehe tak tahulah kalau dia nak buat suprise.
hati dah berkenan sgt2 dgn hp ni.kalau dapat ni..agaknya tak tido malam ira.
harap2 dapatlah hadiah ni.

kereta idaman en hubby




akhirnya tercapai juga impian en hubby nak beli kereta idaman kalbu dia BMW 530 series minggu lepas.bukan kereta baru pun..second hand je.ni je yg mampu.en hubby kerja kuat nak beli kereta idaman ini.nampaknya ira ada saingan ni...bermadu dgn kereta.hehehehe

nampaknya kenalah ira ambil lesen kereta cepat2 ni...sbb dia dah cakap...tak bagi bawa kalau lesen takde.


anak-anak

ira dah tak tahu nak buat apa dgn maisarah ni.walaupun dah sekolah thn 3..setiap kali tanya..ada homework tak..jawapan tetap sama..takde.buku pun takde dalam beg.rupa2nya dia tinggal dkt sekolah.
sekali tu..ira mengamuk...pkl 5 ptg ira paksa dia pergi sekolah ambil buku. nangis2 dia pergi dgn sejuk lagi...sejak tu dia tak berani nak tinggal buku dkt sekolah. apa nak jadi dgn anak dara ni.

yg adik pulak...kalau kakak dia kacau..suka menjerit panggil mamma.nak je ku hantuk kepala 2 org ni.kalau kakak tak kacau dia...dia yg pergi kacau kakak dia.
bila kena kacau..menjerit.kalau dekat dagis(daycare)..cikgu dia cakap...dialah yg paling baik.

bukan saja resepi....

blog ni bukan saja ira akan postkan resepi..juga ira akan menulis
apa saja utk dikongsi bersama.
tiba2 aje nak menulis.hehee
Monday, November 23, 2009 2 comments By: Ira

pic masakan

salam semua..
bukan ira tak nak letak pic pada setiap resepi yg ira post ni..
tapi computer ira ada problem takleh nak upload pic..dari camera.
2 bln lps ira suruh kawan format pc...sekali bila dia dah format..
banyak yg tak puas hati.ni nak suruh en..hubby cari kawan2 dia
sape yg boleh re format balik pc ni.

insyaallah bila pc dah ok...ira akan cuba letak pic setiap resepi yg ira
post kat sini.
Sunday, November 22, 2009 0 comments By: Ira

nasi ayam


teringgin nak makan nasi ayam..semalam ira buat.ira kalau masak nasi ayam..senang je.lgpun resepi ni mudah je.

bahan-bahan

1 ekor ayam(peha pun boleh)
halia...di tumbuk
bawang putih..pun di tumbuk
kicap masin(sbb takde kicap masin..ira pakai kicap manis...hehehe)
cili merah
bawang goreng
daun bawang
minyak masak
cuka
beras

cara-cara memasak...
  • rebus ayam dgn halia dan bawang putih yg ditumbuk dan sedikit garam sampai masak.bila dah masak keluarkan ayam..perap dgn kicap masin tadi.lebihan kicap yg diperap ayam..jgn dibuang boleh dihidang utk makan.
  • basuh beras..toskan air.masak nasi dgn air rebusan ayam tadi.
  • goreng ayam yg diperap tadi.nak bakar dalam oven pun boleh.tapi lebih sedap..goreng.

utk cili nasi ayam..

cili merah tadi diblenda sampai halus.lps tu masak dgn cuka sedikit.cuka jgn banyak takut masam.jgn lupa gula sedikit.

utk sup...

lebihan rebusan ayam tadi..boleh dibuat sup.masukkan garam..papper.hidang dgn bawang goreng dan daun bawang.


*sukatan mcm biasalah ye..agak2 je...sbb ira kalau masak mmg agak2 je*
Wednesday, November 18, 2009 0 comments By: Ira

akan datang

mcm drama bersiri pulak ye..ada resepi akan datang...hehehe
insyaallah ira nak kongsi resepi somtam atau salad thai.
nak minta resepi dari kawan dulu.somtam ni berbeza cara buat
mengikut kawasan atau daerah masing2.

ayam masak garlic..

nak kongsi resepi ayam yg mudah...ni selalu ira masak bila malas atau
kesuntukkan masa.hehehe

bahan-bahan..

ayam sekor(file pun boleh)
garlic(di press atau ditumbuk)
lada hitam(powder)
lada putih
kicap manis(nak sedap cap kipas udang)
garam secukup rasa


cara memasak
  • ayam diperap dgn garlic..lada hitam...lada putih dan kicap manis selama sejam(setengah jam pun boleh)
  • bakar dalam oven sampai masak.
  • jgn lupa balik2 ayam sesama dalam oven.

*sukatan ira main agak2 je..sbb tak pandai nak letak sukatan yg sebenar*

ayam berempah

resepi ni dapat dari kakak ira.blm pernah cuba masak sendiri...tapi pernah makan bila kakak masak...sedap.

bahan-bahan
ayam sekor

jintan manis dan putih}blander kering
ketumbar


cili kering
bawang putih
bawang merah}blander basah
serai


cara-cara memasak
  • ayam yg dipotong diperap dgn garam dan kunyit selama sejam.
  • kemudian masukkan ayam yg diperap dalam loyang dan taburkan bahan2 yg diblander kering dan basah tadi.
  • kukus sampai masak.

*sukatan ira main agak2 je..*

kek pisang

dah lama tak letak resepi baru...ira nak kongsi kek pisang yg mudah
dan sedap

bahan..

3 biji pisang
3 dl tepung gandum
3dl gula pasir
3 biji telur
11/2dl minyak masak
11/2 sudu teh baking powder
11/2 sudu teh vanila sugar
11/2sudu teh bikarbonat.

cara-cara membuat...
  • pukul telur dgn gula sampai kembang atau putih.
  • hancurkan pisang dalam bekas yg asing..masukkan tepung gandum..minyak masak..baking powder...vanilla sugar..and bikarbonat.kacau sampai rata..kemudian campur dalam bekas telur yg dipukul dgn gula tadi.
  • bakar dalam oven(gunakan api atas dan bawah).gunakan suhu 150 degree.
  • adunan ni utk dua kek pisang(2 bekas)supaya cepat masak.
  • bakar sampai masak..lebih kurang 1/2 jam.(atau cucuk dgn lidi..kalau adunan tak melekat pada lidi..makna dah masak)

1dl= 100g

*letak kelapa parut yg kering pun sedap*

Friday, October 9, 2009 0 comments By: Ira

lama tak menulis

lamanya ira tak update blog dgn resepi2 baru. bukannya tak nak menulis cuma sibuk dgn kerja,
anak2..malas pun ye.hehehhe

insyaallah kalau adakesempatan ira akan update blog ni dgn resepi2 baru dan mudah.
Thursday, September 17, 2009 0 comments By: Ira

selamat hari raya

ramadhan dah sampai penhujung..syawal yg bakal tiba.
ira nak ucapkan selamat hari raya adilfitri buat yg baca blog ira ni.

insyaallah sunday raya..dan ira buat open house.
Tuesday, September 15, 2009 0 comments By: Ira

rendang pucuk ubi

Bahan-Bahan:
  • 2 ikat pucuk ubi
  • 20 biji cili padi
  • 2 biji kelapa (diambil santannya)
  • 6 biji bawang merah
  • 2 batang serai
  • 50 gm ikan bilis
  • garam

Cara:
  • Cili padi, bawang merah, ditumbuk/blend halus.
  • Masukkan ikan bilis/kurau dan tumbuk setengah hancur.
  • Masukkan daun pucuk ubi ke dalam periuk bersama pati santan dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Setelah menggelegak, serai, dan garam secukupnya. Masak dengan api perlahan sehingga kering sedikit.

*kredit resepi ni utk kasut_putih*

rendang cilipadi/

raya pun dah tak lama...ira nak kongsi resepi rendang cilipadi.
sedap tau.tahun lps ira dah cuba buat dgn ayam pencen lagi.

  • 1 ekor ayam (buang kulit dan potong kecil2)
  • 1 1/2 biji kelapa, ambil pati santan dlm 3 kali perah 1 cawan santan cair
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

bahan kisar:
  • Segenggam cili api, tmbh lg kalo nak pedas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 in halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

cara2nya
  • 1. Santan dimasak dulu smp mendidih.
  • 2. Masukkan ayam ke dalam santan, bahan2 yg dikisar, serai, asam keping, garam dan gula.
  • 3. Masak di atas api yg sederhana dan kacau selalu.
  • 4. Bila kuah agak pekat, baru masukkan kerisik.
  • 5. Perlahankan api dan kacau hingga agak kering dan berminyak.
  • 6. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tips:
  • 1. Gunakan kuali supaya senang dikacau.
  • 2. Kalo x mkn ayam, boleh tukar kpd daging 1 kg. Potong daging dlm ukuran 2 inci.
  • 3. Nak tmbh daun kunyit ke daun limau purut pun boleh aje.. jgn letak daun limau purut byk sgt, dlm 3 helai dah ok, kalo byk jd pahit ler rendang kita..
  • 4. Ada org lebur semua sekali santan dgn bahan2 tp mak Su ajo santan kena masak dulu nnt rendang lambat basi. ......

Selamat mencuba......


*kredit utk suria..resepi rendang ni*

kawan baru...

salam semua....
just nak cerita...tadi ira dgn kawan nak pergi torget(mall)..
nak cari langsir(yelah nak rayakan...semua nak baru).so kami janji
nak jumpa dkt busstop.

dalam spårvagn(lrt kalau kat mesia)..kami sembang2..pasal menu hari raya
nak masak apa.mcm2 kami sembang.tgk syok sembang..ada satu chinese guy ni tegur kita org
(pangkat uncle..sbb dah pencen...tapi kalau tgk..mcm 50an).siap tanya kami dari mana.dgn bangga cakap..dari malaysia.dia cakap..dari spore.terus dia pun sembang dalam bahasa melayu.
bertambah lagi kawan ira.

dia nak belanja kami minum..tapi tak boleh sbb puasa.last2 kami bertukar phone number.
ajak dia datang raya.ira cakap...nak makan rendang..datanglah raya rumah kami.
Wednesday, September 9, 2009 0 comments By: Ira

gulaschsoppa with daging cincang

hujan2 ni kalau masak sup pun ok.lagipun ira malas nak masak utk berbuka malam ni.
ingat nak masak yg simple2 je.yg masak semua sekali..mcm sayur..daging.ingat nak masak gulasch.


bahan

  • 1 labu bwg besar...dipotong dadu.
  • 2 ulas garlic...di cincang
  • 3 biji kentang...dipotong dadu
  • 2 biji paprika merah
  • 1/4 rotselleri
  • 250-300 g daging cincang
  • 2 sudu teh..paprikapowder
  • 1 1/2 sudu teh oregano
  • 1 1/2 sudu teh kummin
  • 2 sudu makan..tomatopuri
  • 1 tin..tomato hancur
  • 1 litter air
  • 2 kiub ayam
  • garam..papper..secubit gula

cara2

  • panaskan daging cincang bersama bawang besar..garlic, paprika.rotselleri and potatis.
  • sekali dgn paprikapowder,oregano dan kummin.jgnn lupa tomatopuri dan kacau.masukkan juga tomato hancur,air dan 2 kiub ayam tadi.
  • biarkan sup mendidih selama 20-25 minit dan jgn lupa masukkan garam..papper dgn gula.

*ira tak tahu apa dalam english rotselleri(swedish tahulah).ni pic dia.*

[IMG]http://i134.photobucket.com/albums/q89/omelett7/rotselleri.jpg[/IMG]

Monday, September 7, 2009 0 comments By: Ira

terima barang dari malaysia

happy sgt2 ni..sbb dapat barang yg mak hantar dari mesia.mcm2 ada.
baju raya..kuih raya sikit..rempah ratus.tak sabar nak raya ni.
selama 9 thn lebih kat sini...nilah first time mcm nak sambut raya.

paling happy first time anak bujangku nak pakai baju melayu.
sedondon dgn hubby.ira pulak sedondon dgn anak dara ku.
plus..ira dapat extra kebaya.wow raya sakan thn ni.
Sunday, September 6, 2009 0 comments By: Ira

cucur udang...

hari tekak terasa teringgin sgt nak makan cucur udang.
insyaalah kalau sempat ira nak buat.kalau tak...esok2 sajalah.sejak duduk
merantau...semua kena buat sendiri.kalau di malaysia...pergi je ke pasar
ramadhan...mcm2 jenis kuih muih boleh pilih.


bahan-bahan

utk cucur..
  • 1 kg tepung gandum
  • 300 g udang basah(saiz kecil@ sederhana)
  • 2 pokok daun bawang(potong kecil2)
  • 500 g tauge
  • 1 sudu teh backing powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • 1-1/2 kg minya masak utk mengoreng.

bahan utk sos

  • 10 tangkai lada kering)direbus dan di mesin)
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih(di ketuk)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1/2 cwn kacang tanah(digoreng tanpa minyak dan di kisar separuh halus).

cara menbuat....

utk cucur..

  • campurkan semua bahan kecuali udang dan minyak masuk kedalam mangkuk.bancuh pekatdgn air yg mencukupi.biarkan selama sejam.
  • sementara itu panaskan minyak didalam kuali.
  • kaup adunan dgn senduk separa bulat,letakkan 1 ekor udang basah dalam adunan.masukkan kedalam minya panas..satu per satu.goreng hingga keemasan.angkat dan toskan.
  • hidang bersama sos cucur udang.

utk sos...

  • satukan semua bahan ke dalam periuk kecuali kacang tanah.reneh dan kacau sehingga gula larut.biarkan mendidih seketika.
  • masukkan kacang tanah.tutup api dan ketepikan.

*resepi dapat dari Pah Nita.sorry pic pun takde nak letak..sbb belum buat*

kuih muih melayu

di bulan ramadhan ni bestkan kalau dapat makan kuih2 melayu kita.
masa nilah mcm2 kuih kita dapat makan.resepi2 ni ira dapat dari Pah Nita.
biasanya resepi2 yg dia kasi...mudah dan senang.semoga kita sama2 dapat menikmati
kelazatan kuih muih melayu kita.


Abuk-Abuk..


bahan2...

  • 300 gram tepung sagu
  • i cwn gula melaka(diptg kecil)atau gula merah
  • 1/2 biji kelapa parut(yg lembut sahaja)
  • garam secukup rassa
  • daun pisang(dipotongsegi empat sama)
  • 2 helai daun pandan(masuk dalamair kukusan)
  • lidi (dikeratkecil)utk sematan

cara2 menbuat...

  • bilas sagu dgn air bersih dan toskan
  • campurkan sagu biji dgn kelapa dan garam.gaul rata.
  • bentukkan daun pisang seperti kon utk di buat kelosong.masukkan bahan campuran tadi dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
  • masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
  • masukkan campuran sagu biji tadiutk penuhi kelonsong.(jgn terlalu penuh).tinggal hujung daun utk lipatan kelongsong.
  • lipatkan kelonsong daun pisang tadi.cucuk dgn lidi sematan.
  • kukus dalam 30-40 minit. selamat di hidang.

* ni dulu rsepi kuih muih melayu utk hari ni...insyaallah esok ira cuba masukkan resepi2 kuih muih yg lain pulak*

Sunday, August 30, 2009 0 comments By: Ira

merdeka..merdeka..merdeka

rupanya dah 52 thn malaysia merdeka.mesti meriah dkt klcc
dgn bunga api.dah lama tak sambut merdeka.kalau dulu2 tak pernah
ketinggalan.

imbas kembali zaman sebelum merdeka.bayangkan atuk nenek..moyang
mak bapak yg lahir sebelum merdeka.betapa susahnya mereka masa zaman
penjajah. makan ubi kayu..nasi jgn haraplah nak dapat makan.
kalau ada..kena rampas(mcm kastam pulak penjajah..nak rampas je hehehe)
sbb tu jgn pandang sebelah mata dgn ubi kayu.hehehehe

tiap2 thn embassy malaysia di Stockholm ada buat sambutan.tapi mcm ira yg tinggal
jauh dari Stockholm...tak berbaloi just nak drive 6 jam ke sana.dgn minyak yg mahal,
so faham2lah nape tak join.


tiba2 teringat lagu allahyarham sudirman...menyanyikan lagu kemerdekaan
dgn baju melayu bendera malaysia.
Thursday, August 27, 2009 1 comments By: Ira

reklam sebentar...

tadi ira dgn kawan pergi hospital..melawat kawan yg bersalin.
aduh comelnya baby.geramnya.baby girl.
bila tgk baby..teringgin nak tambah lagi seorg.

bayangkan anak yg kita kandung 9 bln 10 hari...dah ada depan mata.
selama ni kita hanya rasa pergerakkan baby je.ni kita dapat peluk..cium..pegang.
wangi je bila cium baby.
Wednesday, August 26, 2009 1 comments By: Ira

masakkan ketam

bagi sesiapa yg suka makan ketam..ira nak kongsi resepi.resepi dapat dari kawan
Pah Nita.ira belum pernah cuba masak lagi..tapi tahu..mesti sedap.sbb selalunya
resepi yg Pah Nita kasi ni..senang dan mudah.

ketam masak mentega telur masin

*panaskan marjerin dlm 2 sudu
*masukkan cili padi yg dah ditumbuk(ikut suka brape byk yg kita nak)
*tumis dlm 5 mnt
*masukkan telur masin yg dh direbus,susu cair(1/2-1 cawan)dan satu tangkai daun kari dan garam sikit(lenyek2kan telur masin tu dlm kuali)
*akhir skali baru masukkan ketam



ketam masak stim

*ketam di perap dgn garam dan dibiarkan seketika.kemudian masukkan ketam ke dlm pengukus bersama halia.
*kukus selama 10 minit.keluarkan drpd periuk kukus.
*tuangkan putih telur di atas ketam yg telah siap di kukus tadi.masukkan kembali ketam ke dlm pengukus dan kukus kembali.-hidangkan.


*kredit utk Pah Nita walaupun dia ambil dari buku resepi*

Macaroni and Tuna Bake

salam semua..

resepi ni zdiana yg kasi ira.mmg senang dan mudah.sedap sampaikan
hubby dgn anak2 bertambah makan.zdiana dapat dari blog dua benua..
jadi ira nak kongsi juga dgn kawan2 kat blog ni.



Macaroni and tuna baked with cheese and cream of mushroom soup.

Cook Time: 1 hour

Ingredients:

8 ounces elbow macaroni
1 can cream of mushroom soup, undiluted
3/4 cup milk
1 can (approximately 7 ounces) tuna, flaked and drained
1/4 teaspoon pepper
1/4 teaspoon seasoned salt
3 cups shredded sharp Cheddar cheese
Preparation:Cook macaroni in boiling salted water until tender; drain. To macaroni add cream of mushroom soup, milk, tuna, pepper, seasoned salt, and 2 cups of the shredded cheese. Mix well and transfer to a shallow lightly buttered baking dish. Mix potato chips with remaining cheese; sprinkle over macaroni mixture. Bake at 350° for 35 to 45 minutes.Serves 6 to 8.


*kredit utk lemongrass(lg).mmg sedap dan senang.*

swedish food

salam semua..

sekali sekala ira masak juga swedish food ni.yelah selalu

masak melayu,kena layan juga tekak hubby.senang juga

nak masak swedsih ni.berlagaklah pulak.hehehehe.

kalau di ikeakan fames dgn köttbullar

(meatball ).meatball ni sedap makan dgn lingon.

budak2 sukalah.meatball ni..ada dibuat dari daging..ayam..ada juga yg dibuat dari
campuran daging babi dgn lembu.

kadang2 kalau ira malas masak utk budak2...juat goreng meatball(selalu buat banyak terus)lps tu
makan dgn makaroni.simplekan.

udang masam manis

sebenarnya bulan2 puasa ni,mcm2 tekak nak makan.
selera kuda betul. hehehee.
ni juga antara msakan yg pernah ira masak.resepi dari kawan
indonesia ira kat sini.sedap dia masak.lagipun resepi ni pun
tak lecah..mudah dan senang.bahan2 pun tak banyak.


bahan2..

1/2 kg udang(boleh campur ikan jika mahu)di goreng dulu
2..biji bawang besar(dihiris bulat)
2 biji tomato..dibelah 4
cili sos..4 sudu makan
ketcup..4 sudu makan.
kacang pis..agak2lah ye..
garam

cara2 memasak...

tumis bawang tadi dgn minyak masak sampai wangi.masukkan potongan tomato,
ketcup,cili sos..kemudian masukkan udang.masak sampai mendidih.
kira2 10 minit...masukkan kacang pis tadi.dah boleh hidang.


*mcm ira tak suka kacang pis..jadi kalau masak..mmg tak masukkan.*

lupa

lupa nak tulis kat sini..
ira kalau masak atau buat kuih
tak pandai pakai sukatan...semua
main agak2 je...atau campak2 je...

so..jgn tanya bab2 sukatan..mmg fail.
hehehehe

singgang ikan

semalam berbuka dgn singgang ikan kembung.
senang je nak masak singgang ni.sekali sekala masak
simple2..campak2 mcm ni..sedaplah pulak.

cara ira buat..campak2 je bahan2 dalam periuk.

ikan kembung...3 ekor
cili padi..3 ulas(ketuk)
garlic...2 ulas...ketuk juga
lengkuas...agak2lah ye..
serai... potong 2 ketuk juga.
asam keping(kalau nak masam..lebihkan)

panaskan air dalam peruk..masuk semua bahan2 tadi kecuali ikan.
bila dah mendidih baru masukkan ikan.
jgn lupa garam.


senang jekan...cepat dah mudah.
Monday, August 24, 2009 1 comments By: Ira

onde2 @buah melaka..

ni nak cite sedikit first time ira buat onde2 ni first ramadhan.
senang je rupanya..ingatkan susah sgt.hehehe.so ira telepon ma tanya
mcm mana nak buat..semangat berkobar2 nak menbuat..

so ma cakap..

bahan2 dia..

tepung pulut
jus daun pandan
kelapa parut yg dicampur garam
gula melaka

cara2 nak buat...

bancuh tepung pulut dgn jus air pandan tadi.
tak terlalu lembik..tak terlalu keras.sedang2 aje.
lps tu sediakan kelapa parut yg dicampur garam tadi.
ambil tepung yg dibancuh tadi..buat bula2..tak besar tak kecik.
letak gula melaka.lps tu rebus dalam air panas.
dah timbul angkat..golek2..lengang2..dalam kelapa parut tadi.
dah boleh makan.


tapi nak tahu...ira pakai tepung beras..ingat tepung pulut.
apalagi keraslah onde2 ku.mcm mana boleh tak kenal
tepung pulut dgn tepung beras.ni ada kena msuk kelas..sesi
kenal mengenal jenis2 tepung.
anak2 ku makan je.siap puji lagi..sedap mama...
hehehehe

buku resepiku..















yg kecik tu..koleksi2 kuih2 swedish.banyak juga yg

dah ira cuba buat.alhamdulillah menjadi.sbb resepi2 dia senang2 je.

yg tebak..asiatiska tu...first resepi book ira dapat dari hubby.dia suruh

buat rujukan bila memasak.tahulah masa tu kurang pandai memasak.

jadi bila cuba..ikut segala sukatan yg ditulis.sekarang tidak lagi..

campak2 je..siap.hehehe

yg Tina book tu...beli sendiri..sbb tgk dia masak..senang dan mudah.

itu yg semangat menbeli.tapi resepi mmg best2 dan mudah.hehehe

mukadimah..

tiba2 terasa nak berblog kembali.heheeh
tapi kali ni nak share2 resepi dgn kawan2.tak kiralah
kuih2 ke..masakkan melayu..org putih
masakakn cina..india..semua boleh.
sama ada yg hentam atau yg betul.kawan2 juga
di alu2 kan meyumbangkan resepi di sini.

walaupun tak sepandai chef wan atau kak hanieliza...
tapi bolehlah..kalau nak share2.