Thursday, September 17, 2009 0 comments By: Ira

selamat hari raya

ramadhan dah sampai penhujung..syawal yg bakal tiba.
ira nak ucapkan selamat hari raya adilfitri buat yg baca blog ira ni.

insyaallah sunday raya..dan ira buat open house.
Tuesday, September 15, 2009 0 comments By: Ira

rendang pucuk ubi

Bahan-Bahan:
  • 2 ikat pucuk ubi
  • 20 biji cili padi
  • 2 biji kelapa (diambil santannya)
  • 6 biji bawang merah
  • 2 batang serai
  • 50 gm ikan bilis
  • garam

Cara:
  • Cili padi, bawang merah, ditumbuk/blend halus.
  • Masukkan ikan bilis/kurau dan tumbuk setengah hancur.
  • Masukkan daun pucuk ubi ke dalam periuk bersama pati santan dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Setelah menggelegak, serai, dan garam secukupnya. Masak dengan api perlahan sehingga kering sedikit.

*kredit resepi ni utk kasut_putih*

rendang cilipadi/

raya pun dah tak lama...ira nak kongsi resepi rendang cilipadi.
sedap tau.tahun lps ira dah cuba buat dgn ayam pencen lagi.

  • 1 ekor ayam (buang kulit dan potong kecil2)
  • 1 1/2 biji kelapa, ambil pati santan dlm 3 kali perah 1 cawan santan cair
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

bahan kisar:
  • Segenggam cili api, tmbh lg kalo nak pedas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 in halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

cara2nya
  • 1. Santan dimasak dulu smp mendidih.
  • 2. Masukkan ayam ke dalam santan, bahan2 yg dikisar, serai, asam keping, garam dan gula.
  • 3. Masak di atas api yg sederhana dan kacau selalu.
  • 4. Bila kuah agak pekat, baru masukkan kerisik.
  • 5. Perlahankan api dan kacau hingga agak kering dan berminyak.
  • 6. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tips:
  • 1. Gunakan kuali supaya senang dikacau.
  • 2. Kalo x mkn ayam, boleh tukar kpd daging 1 kg. Potong daging dlm ukuran 2 inci.
  • 3. Nak tmbh daun kunyit ke daun limau purut pun boleh aje.. jgn letak daun limau purut byk sgt, dlm 3 helai dah ok, kalo byk jd pahit ler rendang kita..
  • 4. Ada org lebur semua sekali santan dgn bahan2 tp mak Su ajo santan kena masak dulu nnt rendang lambat basi. ......

Selamat mencuba......


*kredit utk suria..resepi rendang ni*

kawan baru...

salam semua....
just nak cerita...tadi ira dgn kawan nak pergi torget(mall)..
nak cari langsir(yelah nak rayakan...semua nak baru).so kami janji
nak jumpa dkt busstop.

dalam spårvagn(lrt kalau kat mesia)..kami sembang2..pasal menu hari raya
nak masak apa.mcm2 kami sembang.tgk syok sembang..ada satu chinese guy ni tegur kita org
(pangkat uncle..sbb dah pencen...tapi kalau tgk..mcm 50an).siap tanya kami dari mana.dgn bangga cakap..dari malaysia.dia cakap..dari spore.terus dia pun sembang dalam bahasa melayu.
bertambah lagi kawan ira.

dia nak belanja kami minum..tapi tak boleh sbb puasa.last2 kami bertukar phone number.
ajak dia datang raya.ira cakap...nak makan rendang..datanglah raya rumah kami.
Wednesday, September 9, 2009 0 comments By: Ira

gulaschsoppa with daging cincang

hujan2 ni kalau masak sup pun ok.lagipun ira malas nak masak utk berbuka malam ni.
ingat nak masak yg simple2 je.yg masak semua sekali..mcm sayur..daging.ingat nak masak gulasch.


bahan

  • 1 labu bwg besar...dipotong dadu.
  • 2 ulas garlic...di cincang
  • 3 biji kentang...dipotong dadu
  • 2 biji paprika merah
  • 1/4 rotselleri
  • 250-300 g daging cincang
  • 2 sudu teh..paprikapowder
  • 1 1/2 sudu teh oregano
  • 1 1/2 sudu teh kummin
  • 2 sudu makan..tomatopuri
  • 1 tin..tomato hancur
  • 1 litter air
  • 2 kiub ayam
  • garam..papper..secubit gula

cara2

  • panaskan daging cincang bersama bawang besar..garlic, paprika.rotselleri and potatis.
  • sekali dgn paprikapowder,oregano dan kummin.jgnn lupa tomatopuri dan kacau.masukkan juga tomato hancur,air dan 2 kiub ayam tadi.
  • biarkan sup mendidih selama 20-25 minit dan jgn lupa masukkan garam..papper dgn gula.

*ira tak tahu apa dalam english rotselleri(swedish tahulah).ni pic dia.*

[IMG]http://i134.photobucket.com/albums/q89/omelett7/rotselleri.jpg[/IMG]

Monday, September 7, 2009 0 comments By: Ira

terima barang dari malaysia

happy sgt2 ni..sbb dapat barang yg mak hantar dari mesia.mcm2 ada.
baju raya..kuih raya sikit..rempah ratus.tak sabar nak raya ni.
selama 9 thn lebih kat sini...nilah first time mcm nak sambut raya.

paling happy first time anak bujangku nak pakai baju melayu.
sedondon dgn hubby.ira pulak sedondon dgn anak dara ku.
plus..ira dapat extra kebaya.wow raya sakan thn ni.
Sunday, September 6, 2009 0 comments By: Ira

cucur udang...

hari tekak terasa teringgin sgt nak makan cucur udang.
insyaalah kalau sempat ira nak buat.kalau tak...esok2 sajalah.sejak duduk
merantau...semua kena buat sendiri.kalau di malaysia...pergi je ke pasar
ramadhan...mcm2 jenis kuih muih boleh pilih.


bahan-bahan

utk cucur..
  • 1 kg tepung gandum
  • 300 g udang basah(saiz kecil@ sederhana)
  • 2 pokok daun bawang(potong kecil2)
  • 500 g tauge
  • 1 sudu teh backing powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • 1-1/2 kg minya masak utk mengoreng.

bahan utk sos

  • 10 tangkai lada kering)direbus dan di mesin)
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih(di ketuk)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1/2 cwn kacang tanah(digoreng tanpa minyak dan di kisar separuh halus).

cara menbuat....

utk cucur..

  • campurkan semua bahan kecuali udang dan minyak masuk kedalam mangkuk.bancuh pekatdgn air yg mencukupi.biarkan selama sejam.
  • sementara itu panaskan minyak didalam kuali.
  • kaup adunan dgn senduk separa bulat,letakkan 1 ekor udang basah dalam adunan.masukkan kedalam minya panas..satu per satu.goreng hingga keemasan.angkat dan toskan.
  • hidang bersama sos cucur udang.

utk sos...

  • satukan semua bahan ke dalam periuk kecuali kacang tanah.reneh dan kacau sehingga gula larut.biarkan mendidih seketika.
  • masukkan kacang tanah.tutup api dan ketepikan.

*resepi dapat dari Pah Nita.sorry pic pun takde nak letak..sbb belum buat*

kuih muih melayu

di bulan ramadhan ni bestkan kalau dapat makan kuih2 melayu kita.
masa nilah mcm2 kuih kita dapat makan.resepi2 ni ira dapat dari Pah Nita.
biasanya resepi2 yg dia kasi...mudah dan senang.semoga kita sama2 dapat menikmati
kelazatan kuih muih melayu kita.


Abuk-Abuk..


bahan2...

  • 300 gram tepung sagu
  • i cwn gula melaka(diptg kecil)atau gula merah
  • 1/2 biji kelapa parut(yg lembut sahaja)
  • garam secukup rassa
  • daun pisang(dipotongsegi empat sama)
  • 2 helai daun pandan(masuk dalamair kukusan)
  • lidi (dikeratkecil)utk sematan

cara2 menbuat...

  • bilas sagu dgn air bersih dan toskan
  • campurkan sagu biji dgn kelapa dan garam.gaul rata.
  • bentukkan daun pisang seperti kon utk di buat kelosong.masukkan bahan campuran tadi dalam kelongsong sehingga separuh penuh.
  • masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.
  • masukkan campuran sagu biji tadiutk penuhi kelonsong.(jgn terlalu penuh).tinggal hujung daun utk lipatan kelongsong.
  • lipatkan kelonsong daun pisang tadi.cucuk dgn lidi sematan.
  • kukus dalam 30-40 minit. selamat di hidang.

* ni dulu rsepi kuih muih melayu utk hari ni...insyaallah esok ira cuba masukkan resepi2 kuih muih yg lain pulak*