Sunday, January 31, 2010 0 comments By: Ira

lasagne for dinner

lasagne for dinner setelah ira kalah undi majoriti 3-1 so terpaksalah masak.walaupun ira nak makan sup daging.takpe..esok boleh buat.malas nak masak 2 masakkan.makan jelah.


bahan utk sos daging.bawang besar dipotong dadu..dgn garlic yg dihancurkan.


panaskan butter(minyak pun boleh)dalam kuali sampai cair.

masukkan bawang yg dipotong dadu dgn garlic.

masak sampai layu mcm ni. masukkan daging cincang.kacau rata.



dah masak sampai coklat mcm ni..masukkan mushroom kalau suka.anak2 ira suka kalau amsak sos daging letak mushroom.
last sekali masukkan tomato hancur yg dalam tin.jgn lupa letak oregano(kalau suka),balckpepper..white pepper..garam.kacau sampai masak.





utk white sos

fresh milk..blackpepper..whitepepper dgn tepung gandum(utk pekatkan sos)kacau sampai sos jadi pekat. plata lasagne..rebus dalam air panas.letak minyak sikit dgn garam.rebus plata jgn terlalu lembut atau terlalu keras,sedang2 je.
agak2 dah lembut plata tadi..susun mcm ni.

letak sos daging tadi atas plata.

susun mcm ni sampai habis.ira buat dalam 5 susunan je.dalam 10 plata mcm tu

dah habis..letak white sos atas lasagne tadi.jgn lupa cheese juga.susun atas white sos.masukkan dalam oven.bakar sampai masak.ira pakai dalam 150-200 degree
nilah lasagne ira bila dah masak.












Thursday, January 28, 2010 1 comments By: Ira

jom masak

bila ira tanya..nak makan apa?dua2 jawab nak makan köttbullar(meatball) dgn makaroni.nasib ada daging cincang..boleh buat.disebabkan dia org nak makan...mamma "dera"maisarah dgn daniel buat meatball.kejam kah aku?hehehehenilah hasil meatballnya..walaupun saiz tak sama.ada kecik..ada besar..yg sedang2 pun ada.semangat dua beradik ni nak buat meatball daniel sedang buat meatball..maisarah bagi arahan.mamma sibuk ambil gbr..



ayam masak lemak cilipadi

masak lemak cilipadi ni atas permintaan kawan ira.dia suka makan ayam masak lemak cilipadi.lagipun bukan susah sangat.nasib semua bahan ada..kecuali serai je takde.terpaksalah kebas dari restaurant dia.hehe


bahan2
  • cilipadi(ikut suka hati nak pedas..letak lebih)
  • ayam
  • santan
  • serai
  • kunyit(serbuk pun boleh)
  • asam keping
  • bawang besar sbb sini bawang merah yg kecik2 tu mahal
  • garlic

cilipadi,bawang,garlic..dibland kecuali serai dgn asam keping.kalau pakai kunyit hidup bland je sekali.

perap ayam yg telah dipotong dgn bahan2 yg dibland tadi termasuk serai.perap dalam 10 minit. dah perap..masukkan santan dgn asam keping. masak je atas dapor hingga masak.senangkan. seperti ira tak pandai nak pakai sukatan.semuanya main agak2 je.hehehe



Wednesday, January 27, 2010 0 comments By: Ira

daging balckpepper

balik dari sjukhuset(hospital)teringgin nak makan daging blackpepper.ayam percik buat tak banyak..so cukup2 je utk bekal en hubby utk 2 hari.hehehe.so apa lagi tpn kawan kat Norrköping minta resepi ni.sekali bila masak..terlebih lada hitamlah pulak.maisarah tak dapat makan.nampaknya ira seorglah yg kena habiskan.apa sayur yg ada dalam fridge..ira letak.pergi willy's nak beli spring onion..takdelah pulak.resepi nanti ira kasi ye.


penat..terkejar2..nak mengamuk..

penatnya dari pagi tadi terkejar2.bukan kejar tikus ye..tapi terkejar2 dgn rutin harian.pagi2 dah kejutkan Daniel sbb nak hantar dia pergi nursery...boleh pulak dia minta diskaun 5 minit.sabar jelah.

bukan apa..pkl 08.30am kami ada appointment dgn neourology Maisarah..mana nak sediakan bekpes utk dia org.last2 en hubby "offer"kan diri utk hantar Daniel.selama ni pun mmg dia yg hantarkan daniel pergi nursery.hehehe.ira cuma ambil je.

kami keluar dari rumah pkl 07.30am sbb masalah dgn traffik.yelah pagi2 org nak pergi kerja jadi traffik pun teruk walaupun tak seteruk jem di mesia.en hubby pulak nak minum coffe latte, so berhenti kejap beli latte dkt Preem.sekali dgn nak isi minyak.so...kami sampai sjukhuset(hospital)dah pkl 08.35.masalah parking pulak.rasa nak je mengamuk kat situ.dgn ribut snow lagi...pkl 08.45 am baru kami jumpa doc.nasib dia org faham

dalam 2 jam juga kami meeting dgn neourology sbb epilapsy maisarah..medicin..anfall(serangan).termasuklah school maisarah.after summer selepas pulang dari mesia..maisarah akan buat EEG test.utk apa...samaada doc nak kurangkan medicin dia atau pun tambah lagi. sekarang maisarah perlu makan ubat 2 kali sehari..pagi dan malam. bayangkan dalam setahun berapa kami bayar utk ubat dia.bukannya murah.alhamdulillah sekarang kami dapat free ubat dia.sbb dah terlebih limit bayar kot.hehehehe
Tuesday, January 26, 2010 3 comments By: Ira

ayam percik

dah lama tak amkan ayam percik.nak tak nak terpaksalah masak sendiri.utk makan sendiri bolelah.


bahan2

  • ayam(ira pakai peha)perap dgn garam kunyit.bakar sampai masak
  • 5 biji cili padi(kalau nak pedas lebihkanlah cili)
  • bawang
  • garlic
  • asam keping
  • kerisik
  • serai
  • santan
  • garam
  • gula
  • kunyit

nilah yg yg diperap dgn garam kunyit.
nilah antara bahan2 yg di bland.cilipadi..garlic..bawang kecuali asam keping jgn bland.serai di titik sahaja..tadi ira tak letak serai..sbb dah habis.

ni kerisik atau kelapa goreng dan ditumbuk. masukkan santan dalam kuali sekali dgn bahan2 yg dibland.juga asam keping.jgn lupa garam dan sedikit gula dan kunyit.ira pakai kunyit serbuk je.kacau je. ni bila kuah dag mendidih.kacau selalu sampai pecah minyak atau agak2 pekat.masukkan kerisik. nilah hasilnya kuah ayam percik ira setelah diletak kerisik.dan nilah hasilnya setelah masak.ayam yg sudah dibakar..masukkan dalam kuah tadi.
khas utk SuriAdam. kalau tak faham..ym ira ye suri.






Wednesday, January 20, 2010 0 comments By: Ira

rumah dikampung

kenangan rumah lama sebelum dirobohkan.lama ira menbesar disini.dah lama ira niat nak bina rumah utk ma dgn abah..sekarang baru tercapai.itu last year siap..sempatlah dia org raya rumah baru.walaupun tak mewah..tapi bolehlah utk berteduh..utk berkumpul kami adik beradik yg ramai ni.
ni belakang rumah.tepi tu ada pokok rambutan.dulu2 kalau balik..en hubby hilang..cari je dkt pokok2 rambutan.hehehe

depan rumah.


ni depan rumah lagi



ruang tamu sebelah kanan.tak tahulah berapa abah buat ruang tamu..




ni runag tamu dapor.model kecik tu anak sedara ira..Ain





Tuesday, January 19, 2010 3 comments By: Ira

rumahku..syurgaku..

inilah hall rumah ira.dari pintu masuk utama.
ini pun hall juga living rooms rumah.perabot tak banyak sbb senang daniel nak berlari.lgpun senang nak mengemas tak banyak perabot sofa tempat kami lepak2 tgk tv atau layan dvd. rumah tg tak banyak perabot. tempat tidur anak daraku maisarah.saja tak nak bayakkan perabot dlm bilik dia.tempat dia berchatting.tempat tido daniel.








toys pun baru je bagi 2hand butik
tempat yg paling ira suka..dapor.
nilah tempat ku buat kek..masak2..maklum en hubby dah bagi tittle..queen of the kitchen.tempat kami menjamu selera tempat menbasuh.kerja en hubby.