Thursday, October 28, 2010 0 comments By: Ira

novel oh novel























Novel Titian Usang karya Lamia Aimal..salah satu novel kesayangan dan kesukaan Ira.Karya beliau sangat menarik dan tidak jemu dibaca.sayang novel ni telah dipinjamkan kepada kawan tetapi akhirnya menjadi hak milik kekal beliau.Apa nak buat..jodoh tak panjang dgn novel ni.


Baru2..ni bila Ira merayau2..terjumpa blog yg hendak lets go..novel2 terpakai.Salah satunya novel Titian Usang..yg dah lama ku cari2. Apalagi terus Ira booked.Insyaallah minggu depan sampai. selepas ni sesiapa yg nak pinjam...akan ku tuntut walaupun terpaksa menyanyikan lagu "PULANGKAN"yg dipopularkan oleh Misha Omar.


Novel karya Zuraidah Othman juga merupakan salah satu koleksi Ira..tapi mcm biasalah..bila dipinjamkan kepada kawan..akan jadi hak milik kekal dia org.Kadang2 Ira jadi kedekut nak bagi pinjam..sbbnya dah pinjam susah nak pulangkan.


walaupun banyak penulis baru..tapi novel2 ni tetap menjadi kesayangan Ira.Sbb sanggup habiskan duit gaji utk novel.Hantu novel betulkan..walaupun mahal sanggup ku order dari overseas.En hubby tak terkata..bila diberitahu..dah order novel baru.hehehe.





































Tuesday, October 26, 2010 0 comments By: Ira

Weekend bersama tetamu


Tak sangka selama 4 thn kami bermesra di alam cyber..akhirnya berjumpa juga Ira and Dora.Sebetulnya takut juga..yelah..sebagai tuan rumah takut layanan kurang memuaskan..dahlah tetamu datang dari jauh.
Seminggu sebelum tetamu datang..Ira dah fikir nak masak apa....so..friday bila tetamu sampai..
Ira sediakan bihoon sup thailand style...tak tahulah sedap ke tak...tapi tetamu puji sedap...first tima masak tu..hehehe.
Saturday..ingatkan nak masak nasi kerabu tapi..kepenatan bila dah bawa jalan2...so makan steamboat di restaurant je...owner from malaysia....sekampung dgn Ira dan Dora...Pahang..
jauh kami berjumpa...hehehe
Sunday...sepatutnya masak nasi ayam..tapi plan bertukar lagi....so menu lunch...kari ayam..salad..begedil..and omellet atau telur dadar..selera mat2 bond makan..hehehe.
Insyaallah ada kesempatan turn Ira sekeluarga pulak turun Birmingham...
Utk Dora dgn Adam...jgnlah serik nak datang sini lagi...nanti kami bawa jalan2 cari makan Scandinavian...kita jelajah..Sweden...Denmark...Norway and Finland...
Monday, October 25, 2010 0 comments By: Ira

Bila cik bos lupa...

Nak mengamuk pun ada..geram pun ada...marah pun ada dgn cik bos ni..minggu lepas..Ira cuti seminggu..so dalam jadual kerja..mmg cuti sampai wednesday..tapi Ira ada tulis...boleh kerja extra kalau ada staf malam yg sakit..

Dah 2 kali Ira terkena mcm ni...boleh kerja etra tapi tak de yg call bagitahu awal2.Bayangkan tadi Ira terkejut bila kollega telefon rumah tanya kenapa tak datang kerja?Macam mana nak datang kerja..kalau takde yg call bagitahu Ira kena kerja extra malam ni..jgn2 cik bos pun dah ada syptom nak nyanyuk..(nasib cik bos tak faham bahasa melayu).

Nasiblah belum tido lagi..walaupun dah nyaris2 nak masuk bilik..bila dapat call kena kerja.Kalau ikutkan hati..nak je cakap tak nak kerja...sbb tak info awal2.Dahlah esok dah planning dgn kawan nak pergi cari jaket winter..nampaknya tak bolehlah..balik nak tido.

Nampaknya balik kerja sebelum tido...nak call cik bos..nak luahkan perasaan tak puas hati.Kenapa tak info awal atau call beritahu yg Ira kena kerja extra?Fikirkan balik nak je cari kerja ditempat lain..tapi bila mengenangkan Ira masih menunggu jawapan dari sekolah(nak ambil beberapa subjek) pejam mata jelah hal2 mcm ni.

Agaknya staff pagi dari level 2..5 org berhenti kerja serentak..agaknya tak puashati dgn cik boslah ni.Cik bos ni mmg baik dan ok..kalau nak minta cuti..mmg senang je dia approve...tapi bila hal2 yg macam ni..cik bos ambil sambil lewa je...ada kan yg report di pejabat buruh ni..

Thursday, October 21, 2010 1 comments By: Ira

happy birthday Maisarah Linnea


Tarikh 22 oct 2000 tarikh yg amat bermakna dalam hidup Ira dan hubby yg menlengkapkan lagi perkahwinan kami.Detik 01:20am...detik yg indah dgn kedatangan puteri kami yg comel dan sihat..dgn kelahiran seberat 2.8kg.Berbangga dgn gelaran mamma dan pappa utk pertama kali. Dan baby girl yg comel yg banyak mewarisi wajah pappa..di beri nama..Maisarah Linnea Otterdahl.

Detik berlalu dgn cepat...esok genaplah 10 thn umur Maisarah.Dari baby yg comel..akan menglangkah meninggalkan zaman kanak2 menuju ke fasa anak dara dan remaja.Kalau dapat Ira hentikan masa...tapi apakan daya..masa terus berlalu.

Pada anakku Maisarah..mamma dan pappa always love you or alltid älskar dig så mycket.And you alway pappa lilla flicka(little girl),tu yg selalu pappa cakap dgn mamma.

GRATTIS FÖR FÖDELSELDAG MIN SÖTNÖS....

Tuesday, October 19, 2010 0 comments By: Ira

Friendship dari dunia cyber



Tak sabar nak menunggu kedatangan tetamu dari Kota London yg sanggup datang bertandang ke rumah Ira.Dalam kepala..ni masih tak tahu nak masak apa utk tetamu jauh ni...maybe Ira nak cuba masak beehon sup thailand style..harap2 sedaplah..dahlah first time nak cuba masak ni.Kemana nak bawa tetamu jauh ni berjalan2...semua sudah ku fikirkan...


Sebetulnya dah lama juga kenal dgn kawan ni..cuma kami bermesra di alam cyber saja..iaitu di FB and dunia forum..tak sangka akhirnya kami akan bertentang mata juga utk kali pertama.Takut pun ada...seronok pun ada..gedik pun ada juga..hehehe.


Tak semestinya persahabtan yg bermula dari dunia cyber ni..tak bagus..malah ada yg Ira dah jumpa secara live and realiti...merupakan kawan yg bagus.Walaupun dunia cyber ni,sesiapa pun kita boleh jadi...tapi ramai yg ikhlas nak mencari kawan, malah ada yg bertemu jodoh dari alam cyber.
Friday, October 15, 2010 0 comments By: Ira

bila dikacau "tetamu" malam

Ikutkan hati nak je minta dgn cik bos tukar kerja pagi atau petang...tapi bila mengenangkan anak masih kecik dan memerlukan masa dirumah..terpaksalah bersabar kerja malam.Ini kali yg 3-4 Ira di kacau oleh "tetamu"yg tidak nampak dimata kasar.

Baru2 ni Ira kena jaga Level 3B,kebetulan ada patient Ira yg agak nazak..maklumlah sakit tua.Nak jadikan cerita..dalam pukul 02am patient ni mati..so...disebabkan seorg je staf malam utk satu depart..ira terpaksa minta bantuan dari kollega 3A. Mayat patient ni terpaksa kami uruskan..setelah doc sahkan kematian.

Ira dan kollega pun buatlah apa yg patut..cuci mana yg perlu..pakaikan cantik2..letak bible and tanda cross sudut tepi mayat.Kira2 dalam pukul 03:30 kami siap semua.Dah siap uruskan si mati..Ira terpaksa ronda2 kebilik yg lain..tukar mana yg perlu.Bila semua dah selesai..ira terpaksa bantu kollega 3A pulak..sbb depart ni agak berat sikit...yg memerlukan 2 org utk menukar pampers.

Dah habis bantu kollega tadi..ira pun kembali ke depart 3B,kebetulan keadaan agak tenang..so dapatlah ira minum secawan tea and kek..sambil layan tv jap.kalau cik bos tahu habis ni..hehe. Agak leka juga ira layan CSI Miami....dari bilik si mati Ira dengar perabot dialihkan..kebetulan bilik simati dekat dgn ruang tv....ira diamkan saja..walaupun takut.Kira2 10 minit kemudian..terdengar pulak toilet diflush dari bilik yg sama...masih diamkan lagi, yg buat ira tak tunggu lama..selepas alarm dari bilik simati tadi pulak berbunyi...terus turun ke level 1..

Kollega Ira agak pelik..nape ira turun tiba2..tapi teh secawan tadi tak tinggal.So sambil layan kopi bersama...ira pun cerita apa yg berlaku..kollega tadi(swedish) pun cakap..dia dah kena mcm2..selama 8 thn di kerja malam disitu.Bila dah tenang Ira terpaksa naik balik ke 3B..ira buka ayat2 suci al-quran dari komputer.Alhamdullilah..takde lagi gangguan lps tu.