Tuesday, March 22, 2011 0 comments By: Ira

pejeri nenas


Dari semalam nak makan pejeri nenas...so terpaksalah telefon mak dikampung..nak resepi ni.kan best kalau duduk sebelah rumah mak..nak makan..boleh mak masakkan.
Bahan-bahan
sebiji nenas di celur dgn air panas.
kari ikan
kerisik
bawang merah*
halia*
garlic*
cilikering*
udang kering*
santan(ira guna fresh milk..takde santan)
asam keping
gula sedikit
bahan yg bertanda(*) di blend sampai lumat atau hancur.
cara memasak..
tumis bahan2 yg diblend tadi dalam kuali atau periuk dgn sedikit minyak sampai masak.masukkan kari ikan tadi..masak sampai pecah minyak.
Masukkan santan..garam..gula..asam keping....kacau sampai sebati..dan masak.agak2 dah kering..masukkan kerisik.kacau lagi.
last sekali masukkan nenas yg dicelur tadi.kacau sampai sebati.angkat dan hidang.
*mcm biasa..main agak2 je..tak pandai nak letak sukatan*

lempeng berintikan sardin dan sambal ikan bilis


First time buat lempeng ni(sedap tau).sebetulnya inti boleh ikut selera masing2..samaada nak letak cheddar cheese yg diparut atau apa saja.
Bahan-bahan
tepung gandum*
garam*
dry yeast*
air*
Cara menbuat
yg bertanda(*)di campur dan uli sampai menjadi doh.di tutup dgn kain yg bersih..di peram selama semalam.Ira cuma peram sejam je.
Sapu tangan dgn sedikit minyak..ambil secubit doh(agak2lah ye..jgn kecik sgt..jgn besar sgt).Leperkan ditapak tangan.Pastu masukkan inti tadi.dilipat atau dibulat2kan mcm nak buat kuih pau.
masak atas pan dgn sedikit minyak.Bila dah agak garing dibawah..balikakan..dan tekan doh tadi menjadi seperti lempeng.goreng sampai garing.
*sukatan Ira agak2 je.kalau tak paham..boleh tinggalkan komen ye*

apple pie

Semalam anak2 nak makan apple pie...so terpaksalah Ira rajin2kan diri kedapur utk buat apple pie.Kebetulan Ira dapat resepi apple pie yg senang dari kawan.


Bahan-bahan

  • 125g...butter(di cairkan..suam2 gitu)
  • 1 dl gula
  • 1 dl tepung gandum
  • 1 dl oatmeal
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji apple(di hiris nipis-nipis)
  • serbuk kayu manis

Cara menbuat

  • Butter yg dicairkan di campur sekali dgn gula.kacau sampai sebati.
  • masukkan tepung gandum..oatmeat..dan baking powder.kacau lagi sampai sebati.
  • Apple yg dipotong nipis2 di susun dalam form.Form hendaklah di sapu dgn butter sedikit.
  • Doh yg di bancuh tadi..letak atas apple.tekan2 agak padat.di atas doh jgn lupa di letak serbuk kayu manis.
  • bakar dalam oven dgn suhu 175 degree selama 20-25 minit.
  • sedap di makan dgn vanilla sos.

1 dl = 100g

*tak sempat nak snap pic..anak2 dah baham dulu*

Tuesday, February 22, 2011 0 comments By: Ira

apam balik


bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 11/2 cawan susu segar
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur

cara-cara:

  • pukul telur dan gula hingga kembang.kemudian masukkan bahan2 yg lain.Adunkan hingga sebati.Ketepikan adunan dan perap selama sejam.

Bahan-bahan untuk inti:

  • creamcorn
  • mentega
  • kacang yg di tumbuk
  • gula

Bila adunan dah diperap sejam..panaskan kuali non stick.Ambil sesenduk adunan tepung,tuang di tengah kuali dan ratakan kebahagian tepi.Tutup dgn tudung kuali atau apa sahaja yg boleh menutup kuali sehingga setengah masak.Lepas tu boleh di tabur mentega, gula,creamcorn dan kacang yg ditumbuk.Bila dah garing bolehlah dilipat dan diangkat.

*resepi creamcorn bagi yg tak jumpa atau takde jual*...

  • 1 tin sweetcorn(200gm)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 tbs gula
  • 2 tbs tepung kastard
  • 1 biji kuning telur.

Cara-cara:

  • blend sweetcorn dgn susu segar.Campurkan semua bahan dalam sauce pan dan masak.senangkan.hehhehe
Thursday, February 17, 2011 0 comments By: Ira

Rendang daging

Bahan-bahan
  • daging di potong ikut suka hati
  • serai*
  • cili kering*
  • halia*
  • garlic*
  • bawang besar*
  • lengkuas*
  • jintan manis dan jintan putih(di goreng tanpa minyak)*
  • ketumbar(digoreng juga tanpa minyak)*
  • kunyit hidup*
  • kerisik
  • santan
  • garam dan gula(sbb ira tak pakai ajinomoto so di ganti dgn gula)
  • sedikit minyak masak utk menumis.
  • daun limau dan daun kunyit yg dipotong halus2.

bahan yang bertanda(*)di blend sampai hancur atau lumat.

cara menbuat.

  • tumis bahan yg diblend tadi dgn sedikit minyak sampai masak.
  • masukkan daging yg dipotong dan kacau hingga sebati dgn bahan2 yg ditumis tadi.
  • masukkan santan dan kacau lagi.
  • dengan mengunakan api yg perlahan..biarkan daging empuk dan masak.kacau selalu.
  • bila kuah dah agak kering..masukkan kerisik tadi.kacau lagi.
  • bila dah masak jgn lupa masukkan daun limau purut dan daun kunyit yg dipotong halus2.

p/s..lama sungguh ira tak update blog ni.bukan apa busy dgn kerja..rutin harian yg makin bertambah.