Friday, November 26, 2010 0 comments By: Ira

Seafood Hor Fun


Bahan-bahan
  • kueh tiew yg di gaul dgn kicap pekat dan di goreng tanpa minyak seketika...ketepikan.

Bahan-bahan utk kuah.

  • seafood atau beef
  • garlic
  • bawang merah
  • cube ayam
  • oyster sos
  • lada sulah
  • tepung jagung utk pekatkan kuah
  • telur sebiji
  • garam secukup rasa
  • sawi
  • carrot

cara-cara memasak..

  • panaskan minyak..masukkan garlic..bawang merah..sampai naik bau.lepas tu masukan seafood dan air.Jgn lupa masukkan juga oyster sos..cube ayam..lada sulah dan garam.
  • masukan sayur sawi dan carrot(sawi ira masak sekejap je).masukkan telur sebiji dan akhir sekali tepung jagung.
  • Sedap di makan dgn cili+kicap+ limau.

P/s...kredit utk Mrs Wannie Ross.kalau ada yg salah cara ira masak..tolong bagitahu ye.mmg sedap.

Thursday, November 25, 2010 0 comments By: Ira

RIAK


Riak...sedikit sebanyak kita sebagai umat manusia akan ada perasaan riakkan?Riak sebab kita kaya..riak sebab kita cantik..riak sebab kita pandai samaada pelajaran atau agama dan bermacam riak sebetulnya.
Riak ni bahaya..kenapa?
Sebab dalam zaman Nabi Musa..ada seorg ahli ibadah yg menpunya beribu students beliau. Satu hari datang syaitan mengacau ahli ibadah ni tapi dia riak sebab dia fikir dia banyak ilmu dan tidak mudah tergoda.
Syaitan bagi 4 pilihan..iaitu arak..perempuan..sex dan bunuh.So dia fikir punya fikir..dia pun pilih arak.So bila dia dah mabuk..dia buat sex dgn perempuan..so bila dia panik tak tahu nak buat apa..dibunuhnya perempuan itu dan dari 4 pilihan tadi..semua dia buat.
Dia dah masuk dalam golongan ahli neraka..bukan sebab dia buat dosa besar itu sebab Allah kan Maha Pengampun.Sebab utama dia masuk neraka sebab RIAK.
p/s..kalau apa yg ira tulis ni tak betultolong betulkan ye...
Saturday, November 13, 2010 0 comments By: Ira

Lambaian kaabah dan haji



Satu agama..berlainan warna kulit..berlainan bangsa...berlainan bahasa...tanpa mengira tua atau muda..lelaki atau wanita beramai-ramai manyambut Lambaian Kaabah di Kota Mekah dgn arah,niat dan tujuan yg sama...untuk menunaikan fardu haji...rukun islam yg ke 5.


Bagi umat islam..siapa yg tidak mahu menjejakkan kaki ke Kota Mekah..menunaikan fardu haji..melawat makam Nabi Muhamad S.A.W, cuma mampu dgn tidak..faktor kesihatan. Bila sekali ke sana..insyaallah ingin menjejakkan lagi kaki ke sana.Ada yg ingin meninggal di Tanah suci.


4 tahun lepas..nenek..maklong..pakngah dan arwah makngah ke Tanah Suci mengarjakan haji. Ajal maut di tangan Tuhan...dan sudah tersurat yg arwah makngah meninggal di Tanah Suci Mekah.Arwah yang banyak penyakit...sesama pemeriksaan kesihatan..doctor luluskan utk kesana. Al-fatihah utk arwah makngah.


Insyaallah panjang umur..ada rezeki...tahun depan..nak hantar mak dgn abah ke tanah suci..walaupun tidak mengerjakan haji...walaupun hanya untuk menunaikan umrah.



Friday, November 12, 2010 0 comments By: Ira

Middle-age crisis


Lelaki selalu berkata..LIFE BEGIN AT 40...adakah boleh di percayai?Bagi perempuan pulak...bagaimana...ADAKAH BERMULANYA MIDDLE-AGE CRISIS?Why..kenapa..varför?
Adakah ini suratan atau kebetulan?Colleagues Ira yg baru saja menyambut kelahiran yg ke 40...bercerai dgn husband..adakah itu kebetulan? Atau tanda2 mengalami middle age crisis?
Apakah ciri-ciri yang menyebabkan middle age crisis?
  • adakah pressure?
  • adakah depressed?
  • adakah menstruation?
  • tiada pegangan agama atau keprcayaan?

Apakah semua wanita didunia akan mengalami middle-age crisis?Kalau betul..apakah ira sudah bersedia utk mengalami reality ini?Jawapan yg tidak dapat ku cari dan berikan...buat masa sekarang..takut bila memikirkan.

Tuesday, November 2, 2010 0 comments By: Ira

somtam dan sup tulang





first time Ira buat sup tulang warna merah ni.senang je rupanya.

bahan-bahan

1.sekilo daging atau tulang.
2.bawang besar 1 biji *
3.bawang putih 3-4 ulas*
4.halia sebesar ibu jari*
5.lengkuas di potong nipis2
6.serai di ketuk2
7.sedikit akar ketumbar
8.sedkit air limau
9.daun limau purut
10.chili pasta yg dalam botol jenama pantai

cara caranya:

blender bahan bertanda * hingga lumat letak ke tepi.rebus tulang dgn air masukan serai,lengkuas,akar ketumbar rebus dalam setengah jam masukan kan bahan2 yg di mesin tadi dgn daun limau dan rebus lagi masukan garam dan air limau cili pasta rebus tulang hingga masak dan makan.








bahan-bahan

betik muda*
mangga muda*
carrot*
kacang panjang-dalam 3 batang..dipotong
tomato...boleh guna tomato ceri juga
*parut atau dicincang halus*

bahan utk sos

udang kering di tumbuk
cilipadi dalam 2-3 batang(kalau nak pedas lebihkan cilipadi)di tumbuk
garlic dalam 2-3 ulas(jgn tumbuk terlalu hamcur..cukup sekadar pecah2kan)
fish sos
lemon(ambil jus)


cara-cara

campur semua bahan-bahan dalam mangkuk..dan masukkan bahan utk sos.agak2lah.jgn lupa masukkan gula dan garam. gaul sampai rata.


Thursday, October 28, 2010 0 comments By: Ira

novel oh novel























Novel Titian Usang karya Lamia Aimal..salah satu novel kesayangan dan kesukaan Ira.Karya beliau sangat menarik dan tidak jemu dibaca.sayang novel ni telah dipinjamkan kepada kawan tetapi akhirnya menjadi hak milik kekal beliau.Apa nak buat..jodoh tak panjang dgn novel ni.


Baru2..ni bila Ira merayau2..terjumpa blog yg hendak lets go..novel2 terpakai.Salah satunya novel Titian Usang..yg dah lama ku cari2. Apalagi terus Ira booked.Insyaallah minggu depan sampai. selepas ni sesiapa yg nak pinjam...akan ku tuntut walaupun terpaksa menyanyikan lagu "PULANGKAN"yg dipopularkan oleh Misha Omar.


Novel karya Zuraidah Othman juga merupakan salah satu koleksi Ira..tapi mcm biasalah..bila dipinjamkan kepada kawan..akan jadi hak milik kekal dia org.Kadang2 Ira jadi kedekut nak bagi pinjam..sbbnya dah pinjam susah nak pulangkan.


walaupun banyak penulis baru..tapi novel2 ni tetap menjadi kesayangan Ira.Sbb sanggup habiskan duit gaji utk novel.Hantu novel betulkan..walaupun mahal sanggup ku order dari overseas.En hubby tak terkata..bila diberitahu..dah order novel baru.hehehe.





































Tuesday, October 26, 2010 0 comments By: Ira

Weekend bersama tetamu


Tak sangka selama 4 thn kami bermesra di alam cyber..akhirnya berjumpa juga Ira and Dora.Sebetulnya takut juga..yelah..sebagai tuan rumah takut layanan kurang memuaskan..dahlah tetamu datang dari jauh.
Seminggu sebelum tetamu datang..Ira dah fikir nak masak apa....so..friday bila tetamu sampai..
Ira sediakan bihoon sup thailand style...tak tahulah sedap ke tak...tapi tetamu puji sedap...first tima masak tu..hehehe.
Saturday..ingatkan nak masak nasi kerabu tapi..kepenatan bila dah bawa jalan2...so makan steamboat di restaurant je...owner from malaysia....sekampung dgn Ira dan Dora...Pahang..
jauh kami berjumpa...hehehe
Sunday...sepatutnya masak nasi ayam..tapi plan bertukar lagi....so menu lunch...kari ayam..salad..begedil..and omellet atau telur dadar..selera mat2 bond makan..hehehe.
Insyaallah ada kesempatan turn Ira sekeluarga pulak turun Birmingham...
Utk Dora dgn Adam...jgnlah serik nak datang sini lagi...nanti kami bawa jalan2 cari makan Scandinavian...kita jelajah..Sweden...Denmark...Norway and Finland...
Monday, October 25, 2010 0 comments By: Ira

Bila cik bos lupa...

Nak mengamuk pun ada..geram pun ada...marah pun ada dgn cik bos ni..minggu lepas..Ira cuti seminggu..so dalam jadual kerja..mmg cuti sampai wednesday..tapi Ira ada tulis...boleh kerja extra kalau ada staf malam yg sakit..

Dah 2 kali Ira terkena mcm ni...boleh kerja etra tapi tak de yg call bagitahu awal2.Bayangkan tadi Ira terkejut bila kollega telefon rumah tanya kenapa tak datang kerja?Macam mana nak datang kerja..kalau takde yg call bagitahu Ira kena kerja extra malam ni..jgn2 cik bos pun dah ada syptom nak nyanyuk..(nasib cik bos tak faham bahasa melayu).

Nasiblah belum tido lagi..walaupun dah nyaris2 nak masuk bilik..bila dapat call kena kerja.Kalau ikutkan hati..nak je cakap tak nak kerja...sbb tak info awal2.Dahlah esok dah planning dgn kawan nak pergi cari jaket winter..nampaknya tak bolehlah..balik nak tido.

Nampaknya balik kerja sebelum tido...nak call cik bos..nak luahkan perasaan tak puas hati.Kenapa tak info awal atau call beritahu yg Ira kena kerja extra?Fikirkan balik nak je cari kerja ditempat lain..tapi bila mengenangkan Ira masih menunggu jawapan dari sekolah(nak ambil beberapa subjek) pejam mata jelah hal2 mcm ni.

Agaknya staff pagi dari level 2..5 org berhenti kerja serentak..agaknya tak puashati dgn cik boslah ni.Cik bos ni mmg baik dan ok..kalau nak minta cuti..mmg senang je dia approve...tapi bila hal2 yg macam ni..cik bos ambil sambil lewa je...ada kan yg report di pejabat buruh ni..

Thursday, October 21, 2010 1 comments By: Ira

happy birthday Maisarah Linnea


Tarikh 22 oct 2000 tarikh yg amat bermakna dalam hidup Ira dan hubby yg menlengkapkan lagi perkahwinan kami.Detik 01:20am...detik yg indah dgn kedatangan puteri kami yg comel dan sihat..dgn kelahiran seberat 2.8kg.Berbangga dgn gelaran mamma dan pappa utk pertama kali. Dan baby girl yg comel yg banyak mewarisi wajah pappa..di beri nama..Maisarah Linnea Otterdahl.

Detik berlalu dgn cepat...esok genaplah 10 thn umur Maisarah.Dari baby yg comel..akan menglangkah meninggalkan zaman kanak2 menuju ke fasa anak dara dan remaja.Kalau dapat Ira hentikan masa...tapi apakan daya..masa terus berlalu.

Pada anakku Maisarah..mamma dan pappa always love you or alltid älskar dig så mycket.And you alway pappa lilla flicka(little girl),tu yg selalu pappa cakap dgn mamma.

GRATTIS FÖR FÖDELSELDAG MIN SÖTNÖS....

Tuesday, October 19, 2010 0 comments By: Ira

Friendship dari dunia cyber



Tak sabar nak menunggu kedatangan tetamu dari Kota London yg sanggup datang bertandang ke rumah Ira.Dalam kepala..ni masih tak tahu nak masak apa utk tetamu jauh ni...maybe Ira nak cuba masak beehon sup thailand style..harap2 sedaplah..dahlah first time nak cuba masak ni.Kemana nak bawa tetamu jauh ni berjalan2...semua sudah ku fikirkan...


Sebetulnya dah lama juga kenal dgn kawan ni..cuma kami bermesra di alam cyber saja..iaitu di FB and dunia forum..tak sangka akhirnya kami akan bertentang mata juga utk kali pertama.Takut pun ada...seronok pun ada..gedik pun ada juga..hehehe.


Tak semestinya persahabtan yg bermula dari dunia cyber ni..tak bagus..malah ada yg Ira dah jumpa secara live and realiti...merupakan kawan yg bagus.Walaupun dunia cyber ni,sesiapa pun kita boleh jadi...tapi ramai yg ikhlas nak mencari kawan, malah ada yg bertemu jodoh dari alam cyber.
Friday, October 15, 2010 0 comments By: Ira

bila dikacau "tetamu" malam

Ikutkan hati nak je minta dgn cik bos tukar kerja pagi atau petang...tapi bila mengenangkan anak masih kecik dan memerlukan masa dirumah..terpaksalah bersabar kerja malam.Ini kali yg 3-4 Ira di kacau oleh "tetamu"yg tidak nampak dimata kasar.

Baru2 ni Ira kena jaga Level 3B,kebetulan ada patient Ira yg agak nazak..maklumlah sakit tua.Nak jadikan cerita..dalam pukul 02am patient ni mati..so...disebabkan seorg je staf malam utk satu depart..ira terpaksa minta bantuan dari kollega 3A. Mayat patient ni terpaksa kami uruskan..setelah doc sahkan kematian.

Ira dan kollega pun buatlah apa yg patut..cuci mana yg perlu..pakaikan cantik2..letak bible and tanda cross sudut tepi mayat.Kira2 dalam pukul 03:30 kami siap semua.Dah siap uruskan si mati..Ira terpaksa ronda2 kebilik yg lain..tukar mana yg perlu.Bila semua dah selesai..ira terpaksa bantu kollega 3A pulak..sbb depart ni agak berat sikit...yg memerlukan 2 org utk menukar pampers.

Dah habis bantu kollega tadi..ira pun kembali ke depart 3B,kebetulan keadaan agak tenang..so dapatlah ira minum secawan tea and kek..sambil layan tv jap.kalau cik bos tahu habis ni..hehe. Agak leka juga ira layan CSI Miami....dari bilik si mati Ira dengar perabot dialihkan..kebetulan bilik simati dekat dgn ruang tv....ira diamkan saja..walaupun takut.Kira2 10 minit kemudian..terdengar pulak toilet diflush dari bilik yg sama...masih diamkan lagi, yg buat ira tak tunggu lama..selepas alarm dari bilik simati tadi pulak berbunyi...terus turun ke level 1..

Kollega Ira agak pelik..nape ira turun tiba2..tapi teh secawan tadi tak tinggal.So sambil layan kopi bersama...ira pun cerita apa yg berlaku..kollega tadi(swedish) pun cakap..dia dah kena mcm2..selama 8 thn di kerja malam disitu.Bila dah tenang Ira terpaksa naik balik ke 3B..ira buka ayat2 suci al-quran dari komputer.Alhamdullilah..takde lagi gangguan lps tu.
Friday, September 3, 2010 0 comments By: Ira

selamat hari raya..

Diam tak diam minggu depan semua umat islam di dunia akan menraikan hari raya atau eid al mubarak.

Semua tengah sibuk melakukan persiapan terakhir sebelum raya.Mesti nak tukar serba barukan?

Raya sekarang tak sama dgn raya dulu2.Dulu2..dekat nak raya sibuk menbuat kuih..sekarang dah serba mudah..kuih raya main order je(termasuk sekali dgn ira).Jadi suasana raya tu mcm dah tak terasa.Makin lama makin hilang.

Kalau dulu2..selepas solat aidilfitri..sibuk nak bertandang ke rumah saudara mara...tapi sekarang..lepas solat..terbaring depan tv.

Apa2 pun ira nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri...
Monday, August 16, 2010 1 comments By: Ira

Ananas(pineapple)pie

Semalam anak nak makan pie.mulanya nak buat epal pie..tapi bahan2 takde...nak pergi supermarket pun malas..jadi tukar plan..buat ananas pie.senang dan mudah.bahan2 pun dah ada dalam fridge.


Bahan utk doh utk doh(pic diatas).......150g butter(cairkan).....3dl tepung gandum.....1dl gula(boleh kurangkan)...1sudu teh baking powder...(mixkan sekali)jgn bakar dulu doh ni...



utk inti....1tin creme fraice....1 agg....1/2dl sugar....2 sudu makan vanilla sugar...1 tin(425g)nenas hancur....mixkan semua bahan dalam bowl.


campurkan bahan inti atas doh tadi.seperti pic diatas.masukkan dalam oven.


nilah hasilnya pic yg telah sipa di bakar(hangus sikit hehehe)bakar dalam oven 200degree...dalam 30-35 minit.(semalam ira bakar dalam 35 minit tu yg mcm hangus sikit...)

sedap di makan dgn vanilla ice cream.
1dl=100g




Thursday, August 12, 2010 0 comments By: Ira

Ramadhan and summer

Bulan ramadhan menjelma lagi, bulan yg amat di tunggu2 oleh umat islam sedunia.Walaupun tahun ni mcm biasa Ira menyambut di perantauan.Alangkah seronoknya dapat menyambut 1 ramadhan dgn mak..abah..adik beradik di kampung.Tapi apa nak buat..mcm tahun2 yg lepas juga..Ira menyambut dgn hubby and anak2.Sudah beberapa tahun tak menjejakkan kaki ke baazar ramadhan..beli kuih..air tebu..kerabu(kan dah nangis ni)hehehe.

Puasa tahun ni panjang sedikit dari tahun2 yg lalu.Kenapa?Sbb jatuh pada summer dan waktu siang lebih panjang.Bersahur dalam pkl 3 dan berbuka dalam pkl 21.lebih kurang 18 jam berpuasa.

Anak sulung dapat menjalani ibadah puasa separuh hari aje.Tak tahan katanya.Bersyukur juga walaupun dia dapat separuh hari aje puasa.lagi baik dari tak buat teruskan..hehehe.

buat semua yg mengunjungi blog Ira..selamat menjalani ibadah puasa.
Friday, June 11, 2010 0 comments By: Ira

Avslutning skolan@last day school

Hari ni last day school atau skolan avslutning Maisarah utk thn 3.Esok bermulalah summer holiday sblm sesi baru persekolah bermula pada 24/ogos.Diam tak diam..anak dara Ira akan masuk thn 4...cepatnya masa berlalu.makin bertambahlah kegiatan di sekolah.

Dan utk sesi baru ni..Maisarah akan bertukar ke sekolah baru.sbb sekolah lama dia..dah di tutup. Maisarah...Maryam(teacher)Faith..kwn sekelas


















































Sunday, May 16, 2010 0 comments By: Ira

best friend and kawan2 sekolah

happy sgt sbb dapat contact balik teman2 sekolah and my best friend Salmiza Arina.punyalah lama tak jumpa.habis sekolah masing2 bawa diri..lansung tak contact dgn geng2 sekolah.

baru2 ni je..dapat balik contact melalui facebook.dapat jumpa balik.. dgn Di tongkang, Amir..Madi..Imah..Madiana..Mail..Debok..sambanizam...tak sangka jumpa balik setelah 16 thn tak jumpa.

masing2 dah bekerluarga..kecuali Madiana.insyaallah 4 july ni kami nak buat gathering dgn geng2 nakal ni...dekat padang sekolah lama kami.masing2 tak sabar nak jumpa...sampaikan sanggup tunggu ira balik...terharu ni.
Monday, May 3, 2010 0 comments By: Ira

dah lama tak menulis...

dah lama ira tak menulis kat sini..bukan apa busy sikit.....yelahkan busy tu alasan je lebih..yg sebetulnya malas nak menulis.hehehe

kebetulan last weekend ira dgn family ke Norrköping ada jemputan birthday Josef.about 3-4 hours drive dari Gothenburg and 2 hours drive dari stockholm.lama pulak tak berkumpul ramai2 mcm ni.





ni pulak..kaum2 ibu di dapor tgh "kerjakan" durian.kaum2 bapak dah hilang sbb tak tahan bau durian.
Josef and daniel

josef and Daniel



ni pun little Rebecka


little Rebecka Maria Rubini

Kevin and Josef@ucop





Thursday, April 1, 2010 0 comments By: Ira

välkommen Adriana isabel

Semalam Ira dapat sms dari kawan yg tinggal di Norway...yg dia telah selamat melahirkan baby girl melalui pembedahan keran jantung baby tiba2 lemah.Berat baby 4.09 kg. Dua-dua anak Ira masa lahir 2.8 kg je.

Insyaallah balik dari Malaysia nanti..Ira and family akan ke Norway melawat baby Adriana Isabel..tak sabar nak baby comel ni.Insyaallah kalau dapat pic baby Adriana Isabel..Ira akan letak di sini.

Grattis Elise och hennes man för första barn. Till Adriana Isabel..välkommen till världen.
Tuesday, March 30, 2010 1 comments By: Ira

ayam masak oyster

Ni resepi dari kawan.first time cuba, ni pun masak tak cukup bahan..and ubah suai sedikit dari resepi asal.hehehe



bahan2
  • ayam(ira pakai dada..perap dgn garam kunyit)dada ayam ira ambil dalam 3 ketul
  • bunga cengkih*
  • bunga lawang*
  • kulit kayu manis*
  • oyster sos*
  • kicap lemak manis*
  • daun bawang
  • daun sup(sbb takde..ira gantikan dgn daun coriander)
  • cili padi..kalau nak pedas..*
  • carrot(di potong panjang)
  • bawang besar di potong bulat

*agak2lah ye..sbb ira tak pandai nak pakai sukatan*

Ni ayam yg telah diperap dgn garam kunyit. ayam yg telah di goreng.jgn terlalu garing...asingkan.nilah sayur2 yg ira masukkan tadi..mana yg ada dalam icebox.carrot..cili..tomato..kobis bunga..paprika.(ni resepi yg ira ubah suai sendiri dari yg asal)tumis bunga lawang..bunga cengkih dgn kulit kayu manis..dgn sedikit minyak.ira letak garlic sedikit yg telah di ketuk, sampai naik bau.masukkan oyster sos.kacau sampai pecah minyak. lps tu masukkan kicap lemak manis.Lps tu masukkan carrot dgn bunga kobis..jgn terlalu lama..takut sayur layu.tak sedap.
masukkan ayam yg di goreng tadi.kacau. Lps tu masukkan..tomato..cili..paprika.kacau biar sebati.

nilah hasilnya setelah siap di masak.di sebabkan darurat takde daun sup..ira gantikan dgn daun coriander.garam jgn letak..sbb dah cukup semua.
*kredit utk ciksiti wan kembang....sorrylah ira ubah suai sedikit resepi ni dari resepi asal*






Monday, March 29, 2010 0 comments By: Ira

rull tårta@ swiss roll

Teringgin nak makan rull tårta atau swiss roll.so Ira buatlah tadi.anak2 pun suka.
Nilah hasilnya setelah di potong2.

Ni pun sama.


Daniel yg sedang menghayati keenakkan swiss roll.Sedap ke mamma buat?
nilah food testing Ira.hehehehe
*resepi nanti Ira kasi..dgn pic lagi ye...nak kena alih bahasa dahulu*

sup tulang rusuk(siam style)

Dah lama nak makan sup tulang rusuk siam style, kebetulan semalam pergi cari barang2 dapor..singgahlah sekali cari tulang dkt kedai daging halal.


Bahan-bahan:-
  • garlic(di ketuk)
  • akar koriander
  • cili padi
  • halia(dipotong halus2)
  • fish sos
  • tulang rusuk
  • kentang
  • lemon
  • daun koriander(dopotong halus2)
  • tomato(dipotong 4)
  • bawang besar(dopotong2)
  • garam
bahan2 pertama yg ira gunakan utk di masukkan dalam sup.
rebus tulang rusuk dgn api yg sederhana.bahan2 ni dimasukkan bila sup sudah masak..kecuali kentang.
Bila dah mendidih mcm ni..buang buih2 supaya sup tak cepat basi.
dah buang buih..masukkan...garlic..akar koriander..cilipadi dgn halia.jgn lupa masukkan fish sos dgn garam juga.fish sos..agak2lah ye..jgn terlalu banyak.biar sampai lembut.jgn lupa masukkan kentang juga.
Bila daging dah lembut..masukkan bahan2 seperti..tomato..daun koriander yg dipotong halus2..bawang besar yg dipotong.jgn lupa perah lemon juga.
nilah hasilnya bila sup sudah masak.kalau suka pedas..letaklah cilipadi sesuka hati.hehehe