Tuesday, March 30, 2010 1 comments By: Ira

ayam masak oyster

Ni resepi dari kawan.first time cuba, ni pun masak tak cukup bahan..and ubah suai sedikit dari resepi asal.hehehe



bahan2
  • ayam(ira pakai dada..perap dgn garam kunyit)dada ayam ira ambil dalam 3 ketul
  • bunga cengkih*
  • bunga lawang*
  • kulit kayu manis*
  • oyster sos*
  • kicap lemak manis*
  • daun bawang
  • daun sup(sbb takde..ira gantikan dgn daun coriander)
  • cili padi..kalau nak pedas..*
  • carrot(di potong panjang)
  • bawang besar di potong bulat

*agak2lah ye..sbb ira tak pandai nak pakai sukatan*

Ni ayam yg telah diperap dgn garam kunyit. ayam yg telah di goreng.jgn terlalu garing...asingkan.nilah sayur2 yg ira masukkan tadi..mana yg ada dalam icebox.carrot..cili..tomato..kobis bunga..paprika.(ni resepi yg ira ubah suai sendiri dari yg asal)tumis bunga lawang..bunga cengkih dgn kulit kayu manis..dgn sedikit minyak.ira letak garlic sedikit yg telah di ketuk, sampai naik bau.masukkan oyster sos.kacau sampai pecah minyak. lps tu masukkan kicap lemak manis.Lps tu masukkan carrot dgn bunga kobis..jgn terlalu lama..takut sayur layu.tak sedap.
masukkan ayam yg di goreng tadi.kacau. Lps tu masukkan..tomato..cili..paprika.kacau biar sebati.

nilah hasilnya setelah siap di masak.di sebabkan darurat takde daun sup..ira gantikan dgn daun coriander.garam jgn letak..sbb dah cukup semua.
*kredit utk ciksiti wan kembang....sorrylah ira ubah suai sedikit resepi ni dari resepi asal*






Monday, March 29, 2010 0 comments By: Ira

rull tårta@ swiss roll

Teringgin nak makan rull tårta atau swiss roll.so Ira buatlah tadi.anak2 pun suka.
Nilah hasilnya setelah di potong2.

Ni pun sama.


Daniel yg sedang menghayati keenakkan swiss roll.Sedap ke mamma buat?
nilah food testing Ira.hehehehe
*resepi nanti Ira kasi..dgn pic lagi ye...nak kena alih bahasa dahulu*

sup tulang rusuk(siam style)

Dah lama nak makan sup tulang rusuk siam style, kebetulan semalam pergi cari barang2 dapor..singgahlah sekali cari tulang dkt kedai daging halal.


Bahan-bahan:-
  • garlic(di ketuk)
  • akar koriander
  • cili padi
  • halia(dipotong halus2)
  • fish sos
  • tulang rusuk
  • kentang
  • lemon
  • daun koriander(dopotong halus2)
  • tomato(dipotong 4)
  • bawang besar(dopotong2)
  • garam
bahan2 pertama yg ira gunakan utk di masukkan dalam sup.
rebus tulang rusuk dgn api yg sederhana.bahan2 ni dimasukkan bila sup sudah masak..kecuali kentang.
Bila dah mendidih mcm ni..buang buih2 supaya sup tak cepat basi.
dah buang buih..masukkan...garlic..akar koriander..cilipadi dgn halia.jgn lupa masukkan fish sos dgn garam juga.fish sos..agak2lah ye..jgn terlalu banyak.biar sampai lembut.jgn lupa masukkan kentang juga.
Bila daging dah lembut..masukkan bahan2 seperti..tomato..daun koriander yg dipotong halus2..bawang besar yg dipotong.jgn lupa perah lemon juga.
nilah hasilnya bila sup sudah masak.kalau suka pedas..letaklah cilipadi sesuka hati.hehehe






Thursday, March 25, 2010 0 comments By: Ira

3 jejaka perasan junior

Ashryill Sjöberg
Josef Frödeberg

Daniel Otterdahl


3 jejaka perasan junior bakal pelapis kami.semoga mereka menjadi best friends mcm kami.inilah doa kami.
Sesekali bila 3 jejaka junior ni berkumpul..kecoh rumah dgn telatah dia org.Ibu2 sibuk bergossip di dapor...para bapak2..berpolitik di ruang tamu..and 3 jejaka perasan junior sibuk "mengemas" rumah dgn toys.
Lagipun bukan senang nak kumpulkan 3 jejaka ni sekali.selalunya berkumpul bila hari raya..birthday..atau jalan2 cari makan.
Monday, March 22, 2010 0 comments By: Ira

nak je lempang perempuan ni...

tadi Ira singgaj Lidhl(supermarket)nak beli mushroom dgn tomato hancur dalam tin.walaupun murah kat Lidhl tapi ira jarang2 pergi sini.selalu masuk Willy je sbb dekat rumah je.

So dah tawaf Lidhl tu dekat 5 minit..tapi tak jumpa2 tomata hancur.so kebetulan staff Lidhl ada lalu..ira pun naklah tanya...boleh dia cakap mcm ni..."saya tgh telefon..tunggu"..ok..fine..ira tunggu.lebih kurang 10 minit tunggu..masih tak habis2.so pun..tanya lagi..boleh dia cakap yg sama..suruh tunggu.ira dah angin...pergi dekat cashier depan ..tanya mana tempat tomato hancur.terus cashier tu tunjuk.tak sampai 2 saat.masa ni nak je lempang staff tu.

kalau import call..kita pun fahamkan..ini mcm private call je.mahu tak mengamuk ira.bila ira dah dapat..baru dia letak phone.datang dekat ira nak explainlah..ira cuma cakap..."saya tak dengar..cuma nak tahu mana tomato je"..terus ira blah dari situ.lantaklah nak kata kurang ajar pun.salah ke kalau kita tanya..hold dulu phone..just tunjuk tempat..bukan ambil masa 10 jam pun tunjuk...tak sampai 2 saat.

kebetulan en hubby tunggu dlm kereta..tanya nape lambat.so ira citelah....cakap dgn hubby..lain kali jgn stop dkt Lidhl kalau nak beli..cari supermarket lain.
Saturday, March 20, 2010 0 comments By: Ira

rendang daging

nilah utk dinner kami utk hari ni.rendang daging dgn sayur campur.


bahan2

  • bawang*
  • garlic*
  • cilikering*
  • serai*
  • kunyit*
  • lengkuas*
  • jintan putih..jintan manis dgn ketumbar(digoreng tanpa minyak)*
  • halia*
  • santan
  • asam keping
  • garam
  • gula atau gula merah(sbb ira tak suka masak pakai ajinimoto so digantikan dgn gula)
  • daun kunyit atau daun limau purut
  • kerisik

*semua bahan2 ni di kisar*.


nilah bahan2 yg dikisar.

daging mesti adakan..nama pun rendang daging.hehehe
santan di masuk dalam kuali. masukkan bahan2 yg dikisar dalam santan tadi. dah agak2 mendidih..masukkan daging.jgn lupa masukkan garam..and gula.
bila daging dah mendidih..gunakan api slow supaya daging empuk.jgn lupa masukkan asam keping jgn lupa masukkan kerisik.biarkan sampai pekat and masak. nilah hasilnya rendang daging ira bila dah masak.jgn lupa letak daun kunyiy atau limau purut yg diracik halus.








Friday, March 19, 2010 2 comments By: Ira

paprik

untuk lunch tadi ira masak nasi paprik.dari 2 hari lps teringin nak makan..hari ni baru sempat masak.

bahan2...

  • bawang putih..cincang(tumbuk pun boleh..ketuk pun boleh..ikut suka hati)
  • serai(diketuk)
  • daun limau purut..agak2lah ye.
  • ayam(ira pakai bahagian dada)
  • bawang besar..
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sos cili
  • kicap manis
  • garam
  • minyak utk menumis.


utk sayur...ira masuk apa yg ada dalam icebox.tomato..carrot..kacang(nak beli buncis..takde),bunga kobis..dgn paprika merah. ni ayam yg telah di potong.

nilah hasilnya apabila dah masak.
cara2 memasak
  • rebus ayam sampai masak.air rebusan jgn buang.
  • panaskan minyak dalam kuali..tumis bawang putih sekali dgn serai.
  • masukkan sos tiram..sos cili..sos tomato..kicap manis dgn garam.kacau.
  • lps tu masukkan semua sayur tadi.jgn lupa masukkan ayam yg direbus.nak kuah banyak..masukkan air rebusan ayam tadi.jgn lupa masukkan daun limau purut juga.
  • kalau nak pedas..boleh masukkan cili padi yg di ketuk.ira tak masuk..sbb anak2 nak makan.terpaksalah lupakan niat nak letak cilipadi.


Tuesday, March 9, 2010 2 comments By: Ira

utveklingsamtal dgn boss


semalam ada meeting between ira dgn bos sahaja selama sejam.mulanya malas tapi bila bos dah cakap WAJIB...terpaksalah buat appointment juga.takde yg serius pun nak bincang..cuma hal2 kerja je..and sedikit hal2 personal.itu je.
banyak jugalah ira disoal siasat..heehe.dia pun nak tahu juga..samaada ira suka ke tak kerja malam?dapat ke tak sessuaikan diri dgn staf2 malam?adakah ira tak kisah kalau kerja extra? mana satu nak jawab ni.hehehehe.


so cakap dgn bos...takde masalah kerja malam..yelah sendiri yg nakkan.suka ke tak..kena juga terima.tapi ira mmg selesa kerja malam.pasal staf2 malam yg lain..mmg takde masalah nak join..cuma ada seorg dua yg ira tak berapa selesa kerja.tapi tupun tak de masalah.pejam mata ajelah kerja dgn dia org ni.lagipun ira agak..bos mesti tahu..sekarang staff mlm dah berpuak2.
tak suka org tu...tak suka org ni...yg jadi mangsa sape..org2 tua.cuma bila bos tanya..ira cuma cakap..you bos..mesti you tahukan apa yg terjadi,saya tak cakap banyak.tu je.malas nak cerita2..nanti lain jadi.


pasal kerja extra tu...mmg tak kisah..call je bila2...nak2 kalau kecemasan..insyaallah ira boleh kerja.sape tak nak duit lebihkan.satu lagi bos juga pesan..kalau ada apa2 problem jgn segan nak telepon atau jumpa dia.
Friday, March 5, 2010 2 comments By: Ira

almond london

selalunya setiap hari jumaat kalau tak kerja..ira dgn anak2 akan buat cookies.tak kiralah melayu cookies atau swedish cookies.ikut permintaan anak2.semalam Maisarah minta ira buat almond london.so tadi bila dia balik dari sekolah..kami mulakan operasi membuat.
nilah almond yg telah siap di masak and disalut dgn coklat.mcm2 entuk ada..sbb yg menolong..Daniel dgn Maisarah.so saiz pun ada yg kecik..ada yg besar.
selalunya saturday di sini dikenali oleh budak2 lörday godis..saturday candy..so..lebih baik ira buat cookies dari beli.dah gerenti takde gulatin.hehehe
almond london yg baru keluar dari oven.gebu2kan.besar2 pulak tu.blm sempat salut coklat..dah sibuk Maisarah dgn Daniel nak makan.



kesian bujang mamma kepenatan menolong menbuat almond london sampai tertidur kat kerusi.


ni lagi gaya tido Daniel di kerusi akibat kepenatan menolong mamma membuat almond london.




Thursday, March 4, 2010 0 comments By: Ira

dinner

sbb kurang sihat..so ira masak simpe je utk dinner.kalau tak masak..alamatnya makan sandwishlah Maisarah dgn Daniel.Ikutkan hati mmg tak larat nak masak..tapi bila fikirkan anak2 dgn hubby..kuatkan juga masak.
omelett..kobie goreng dgn tomato(mana sayur yg ada dalam fridge ira campur)..kurma daging.tapi santan takde..terpaksalah masak kurma daging dgn fresh milk.sedap juga.

Wednesday, March 3, 2010 1 comments By: Ira

kurang sihat

semalam dah nyaris2 nak telepon bos..minta cuti sakit..badan rasa mc nak demam..tekak pun sakit.tapi pergi juga kerja..sbb rasa mcm dah ok bila makan alvedon.

ditempat kerja baru terasa tak larat sangat2.mulalah menyesal nape tak minta cuti je.nasiblah dapat depart yg tak busy..patner depart sebelah pun ok.dia yg suruh ira tido...so dapatlah 2 jam tido.semua alarm depart ira dia yg jaga.tack så mycket Kristina.so terasalah ok sikit walaupun kepala terasa tingtong je.

harap2 weekend ni ira dah ok..blh kerja.
Monday, March 1, 2010 0 comments By: Ira

pc ku rosak

nampaknya ira takleh nak update blog dkt rumah.pc rosak..tak tahulah kenapa jadi mcm tu.apa2 ira kena update dkt tempat kerja kalau tak busy.

nasiblah kerja malam jadi takde bos nak ganggu.hehhehe.nilah syoknya kerja malam walaupun terpaksa berjaga selama 10 jam.kerja pun tak banyak..18 mlm utk 6 minggu jadual kerja.jadi bolehlah nak update blog ke..FB ke..layan tv3 ke...bukan apa..tgh syok layan cite Na O Mei.