Tuesday, February 22, 2011 0 comments By: Ira

apam balik


bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 11/2 cawan susu segar
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur

cara-cara:

  • pukul telur dan gula hingga kembang.kemudian masukkan bahan2 yg lain.Adunkan hingga sebati.Ketepikan adunan dan perap selama sejam.

Bahan-bahan untuk inti:

  • creamcorn
  • mentega
  • kacang yg di tumbuk
  • gula

Bila adunan dah diperap sejam..panaskan kuali non stick.Ambil sesenduk adunan tepung,tuang di tengah kuali dan ratakan kebahagian tepi.Tutup dgn tudung kuali atau apa sahaja yg boleh menutup kuali sehingga setengah masak.Lepas tu boleh di tabur mentega, gula,creamcorn dan kacang yg ditumbuk.Bila dah garing bolehlah dilipat dan diangkat.

*resepi creamcorn bagi yg tak jumpa atau takde jual*...

  • 1 tin sweetcorn(200gm)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 tbs gula
  • 2 tbs tepung kastard
  • 1 biji kuning telur.

Cara-cara:

  • blend sweetcorn dgn susu segar.Campurkan semua bahan dalam sauce pan dan masak.senangkan.hehhehe
Thursday, February 17, 2011 0 comments By: Ira

Rendang daging

Bahan-bahan
  • daging di potong ikut suka hati
  • serai*
  • cili kering*
  • halia*
  • garlic*
  • bawang besar*
  • lengkuas*
  • jintan manis dan jintan putih(di goreng tanpa minyak)*
  • ketumbar(digoreng juga tanpa minyak)*
  • kunyit hidup*
  • kerisik
  • santan
  • garam dan gula(sbb ira tak pakai ajinomoto so di ganti dgn gula)
  • sedikit minyak masak utk menumis.
  • daun limau dan daun kunyit yg dipotong halus2.

bahan yang bertanda(*)di blend sampai hancur atau lumat.

cara menbuat.

  • tumis bahan yg diblend tadi dgn sedikit minyak sampai masak.
  • masukkan daging yg dipotong dan kacau hingga sebati dgn bahan2 yg ditumis tadi.
  • masukkan santan dan kacau lagi.
  • dengan mengunakan api yg perlahan..biarkan daging empuk dan masak.kacau selalu.
  • bila kuah dah agak kering..masukkan kerisik tadi.kacau lagi.
  • bila dah masak jgn lupa masukkan daun limau purut dan daun kunyit yg dipotong halus2.

p/s..lama sungguh ira tak update blog ni.bukan apa busy dgn kerja..rutin harian yg makin bertambah.