Monday, November 30, 2009 0 comments By: Ira

jobba..jobba..part 2

sambung balik ye...heheh.lunch en hubby pun dah masak.

selalunya kalau ada patient yg tenat...atau kat sini kami panggil paliativ vård(maknnya tak bagi makan..minum ubat sekali)masa ni bos mmg sediakan extra staff utk jaga yg nazak je.tapi kalau bernasib baik..anak2..bini atau sedara mara yg tunggu.kami masuk cuma tukar mana yg patut.masa ni juga patient akan dapat morfin.

bila kematian...kami kena uruskan.bersih mana yg patut..pakai cantik2.cadar yg khas.pasangkan lilin dgn kitab bible dia org.kalau berlaku kematian..hari jumaat..sabtu dan ahad...rumah mayat akan ambil pada hari isnin.jadi nasiblah sape kena kerja..masa tu ada mayat dalam bilik.2 minggu lps ira kerja weekend...nasiblah ada kematian..mayat dah 2 hari dalam bilik.
sbb mati pada hari jumaat.

cerita pasal kematian lagi ni...kesian ada satu patient ni..dahlah anak2 tak datang tgk..melawat.bila dah mati pun..tak nak datang.bila bos call..cakap nak datang.tapi tak datang2.mayat seminggu dalam bilik.kalau winter takpe juga..ni kalau summer..cepatlah berbau.
sampaikan kami terpaksa call rumah mayat datang ambil je.kesian kan...
Sunday, November 29, 2009 0 comments By: Ira

jobba...jobba

setelah cuti seminggu dan beraya sakan...mlm ni dah kena masuk kerja balik.malas je nak kerja..bila dah cuti panjang.sepatutnya ira kerja raya aidiladha tu...tapi minta tukar dgn kawan..so mlm ni ira kena kerja ganti dia balik.

ira sekarang cuma kerja malam je..masuk jam 21:00mlm sampai 07am.10jam masa kerja.tapi takpe..dapat night elaun..banyak.hehehhe.
tapi tulah...balik kerja nak tido je...sampai kwn cakap..ira dah mcm zombie kampung pisang.yg seronok kerja malam...bos takde...kerja seorg2...jadi takde org nak kacau.

lupa nak tulis..ira kerja dkt rumah org2 tua.seronok tau..nak2 kalau yg nyanyuk.enjoy layan walaupun kadang2 tu rasa nak marah juga.mmg kena banyak sabar dgn dia org.tapi tulah kadang2 kesian tau...ada yg takde anak..harapkan sedara mara..adik beradik.ada yg ada anak..tapi tak datang tengok.ada yg anak datang hari2.mcm2 kerenah dia org.

kadang2..org2 tua ni ok..sedara mara yg banyak kerenah.yelah kita pun faham dia org nak yg terbaik tapi kenalah faham..nak2 kalau malam..kami kerja seorg2 utk satu department.seorg nak layan 16 org kerenah org2 tua.mcm staf pagi dgn petang ingat..malam2 semua tido...takdelah..ada masa org2 tua ni..tak tido 2-3 malam tau.
dahlah aggressiv.

nak2 kalau ada kematian malam2..lagilah kami sibuk.terpaksa call semua department.kena minta tolong.nak kena bersihkan...pakai cantik2 sebelum doktor datang utk sahkan kematian.

*nanti ira sambung..nak kena masak lunch utk en.hubby*hehehe

salam aidiladha

selamat hari raya aidiladha..buat umat islam semua walaupun dah lepas.baru balik
berhari raya dari rumah kawan kira2 sejam drive dari rumah ira.kebetulan kawan dari Denmark pun datang dgn family dia so kami sama2 pergi beraya.

semalam ada open house dkt rumah kawan...ira masak soto ayam..buat kek pisang dgn cupcakes.kwn ira masak...rendang daging..dgn sambal jawa.kenyang makan semalam.
hubby masing2 pun enjoy makan.bukan senang nak makan sedap2.hehehe

dah 6 tahun tak balik raya dimalaysia..maknanya dah 6 tahun tak makan ketupat dgn lemang.walaupun suasana raya disini tak semeriah dikampung...atleast dapat berkumpul dgn kawan2 dari malaysia pun dah happy.terasa juga mcm raya.

bila call family kat kampung nak wish selamat hari raya aidiladha..sedih sgt bila dgr suara mak dgn abah.dia org mesti sedih sbb ira dgn family tak balik.sampaikan mak cakap...bilalah nak dapat beraya dgn anak2 ira.bukan tak nak balik beraya...tapi anak sulung ira dah sekolah...jadi nak tak nak kena tunggu raya jatuh pada summer.takkan nak ponteng sekolah sbb nak balik raya.

*sorry pic raya tak dapat nak letak sini..pc takleh nak upload gbr...geram betul*



Tuesday, November 24, 2009 1 comments By: Ira

coach..coach..coach


nilah koleksi terbaru ira.one set tu..dari handbeg..purse..tempat siling..yg satu lg tu..tak ingat apa nama.hehehe
ini pun kirim dgn kawan.terasa mcm mak datin pulak.hehehehe
ni pun hubby yg suruh beli..yelah..bini dia asyik memujuk je nak beg ni..lgpun bukan selalukan minta dgn en hubby.
bergaya dgn beg ni pun utk dia jugakan.sebetulnya ira cuma nak handbeg dgn purse je..tapi bila dihasut oleh kawan..beli tempat coin dgn yg satu lagi tu..terus terjebak membeli.en hubby geleng kepala bila cakap...kena tambah duit..sbb ada tambah barang lagi.makin botak kepala en hubby yg sedia botak.

sonny eriksson


birthday dah dekat..so dah kasi tahu en hubby nak hp ni...tapi en hubby blm kasi jawapan.mcm tak dapat je.hehehe tak tahulah kalau dia nak buat suprise.
hati dah berkenan sgt2 dgn hp ni.kalau dapat ni..agaknya tak tido malam ira.
harap2 dapatlah hadiah ni.

kereta idaman en hubby




akhirnya tercapai juga impian en hubby nak beli kereta idaman kalbu dia BMW 530 series minggu lepas.bukan kereta baru pun..second hand je.ni je yg mampu.en hubby kerja kuat nak beli kereta idaman ini.nampaknya ira ada saingan ni...bermadu dgn kereta.hehehehe

nampaknya kenalah ira ambil lesen kereta cepat2 ni...sbb dia dah cakap...tak bagi bawa kalau lesen takde.


anak-anak

ira dah tak tahu nak buat apa dgn maisarah ni.walaupun dah sekolah thn 3..setiap kali tanya..ada homework tak..jawapan tetap sama..takde.buku pun takde dalam beg.rupa2nya dia tinggal dkt sekolah.
sekali tu..ira mengamuk...pkl 5 ptg ira paksa dia pergi sekolah ambil buku. nangis2 dia pergi dgn sejuk lagi...sejak tu dia tak berani nak tinggal buku dkt sekolah. apa nak jadi dgn anak dara ni.

yg adik pulak...kalau kakak dia kacau..suka menjerit panggil mamma.nak je ku hantuk kepala 2 org ni.kalau kakak tak kacau dia...dia yg pergi kacau kakak dia.
bila kena kacau..menjerit.kalau dekat dagis(daycare)..cikgu dia cakap...dialah yg paling baik.

bukan saja resepi....

blog ni bukan saja ira akan postkan resepi..juga ira akan menulis
apa saja utk dikongsi bersama.
tiba2 aje nak menulis.hehee
Monday, November 23, 2009 2 comments By: Ira

pic masakan

salam semua..
bukan ira tak nak letak pic pada setiap resepi yg ira post ni..
tapi computer ira ada problem takleh nak upload pic..dari camera.
2 bln lps ira suruh kawan format pc...sekali bila dia dah format..
banyak yg tak puas hati.ni nak suruh en..hubby cari kawan2 dia
sape yg boleh re format balik pc ni.

insyaallah bila pc dah ok...ira akan cuba letak pic setiap resepi yg ira
post kat sini.
Sunday, November 22, 2009 0 comments By: Ira

nasi ayam


teringgin nak makan nasi ayam..semalam ira buat.ira kalau masak nasi ayam..senang je.lgpun resepi ni mudah je.

bahan-bahan

1 ekor ayam(peha pun boleh)
halia...di tumbuk
bawang putih..pun di tumbuk
kicap masin(sbb takde kicap masin..ira pakai kicap manis...hehehe)
cili merah
bawang goreng
daun bawang
minyak masak
cuka
beras

cara-cara memasak...
  • rebus ayam dgn halia dan bawang putih yg ditumbuk dan sedikit garam sampai masak.bila dah masak keluarkan ayam..perap dgn kicap masin tadi.lebihan kicap yg diperap ayam..jgn dibuang boleh dihidang utk makan.
  • basuh beras..toskan air.masak nasi dgn air rebusan ayam tadi.
  • goreng ayam yg diperap tadi.nak bakar dalam oven pun boleh.tapi lebih sedap..goreng.

utk cili nasi ayam..

cili merah tadi diblenda sampai halus.lps tu masak dgn cuka sedikit.cuka jgn banyak takut masam.jgn lupa gula sedikit.

utk sup...

lebihan rebusan ayam tadi..boleh dibuat sup.masukkan garam..papper.hidang dgn bawang goreng dan daun bawang.


*sukatan mcm biasalah ye..agak2 je...sbb ira kalau masak mmg agak2 je*
Wednesday, November 18, 2009 0 comments By: Ira

akan datang

mcm drama bersiri pulak ye..ada resepi akan datang...hehehe
insyaallah ira nak kongsi resepi somtam atau salad thai.
nak minta resepi dari kawan dulu.somtam ni berbeza cara buat
mengikut kawasan atau daerah masing2.

ayam masak garlic..

nak kongsi resepi ayam yg mudah...ni selalu ira masak bila malas atau
kesuntukkan masa.hehehe

bahan-bahan..

ayam sekor(file pun boleh)
garlic(di press atau ditumbuk)
lada hitam(powder)
lada putih
kicap manis(nak sedap cap kipas udang)
garam secukup rasa


cara memasak
  • ayam diperap dgn garlic..lada hitam...lada putih dan kicap manis selama sejam(setengah jam pun boleh)
  • bakar dalam oven sampai masak.
  • jgn lupa balik2 ayam sesama dalam oven.

*sukatan ira main agak2 je..sbb tak pandai nak letak sukatan yg sebenar*

ayam berempah

resepi ni dapat dari kakak ira.blm pernah cuba masak sendiri...tapi pernah makan bila kakak masak...sedap.

bahan-bahan
ayam sekor

jintan manis dan putih}blander kering
ketumbar


cili kering
bawang putih
bawang merah}blander basah
serai


cara-cara memasak
  • ayam yg dipotong diperap dgn garam dan kunyit selama sejam.
  • kemudian masukkan ayam yg diperap dalam loyang dan taburkan bahan2 yg diblander kering dan basah tadi.
  • kukus sampai masak.

*sukatan ira main agak2 je..*

kek pisang

dah lama tak letak resepi baru...ira nak kongsi kek pisang yg mudah
dan sedap

bahan..

3 biji pisang
3 dl tepung gandum
3dl gula pasir
3 biji telur
11/2dl minyak masak
11/2 sudu teh baking powder
11/2 sudu teh vanila sugar
11/2sudu teh bikarbonat.

cara-cara membuat...
  • pukul telur dgn gula sampai kembang atau putih.
  • hancurkan pisang dalam bekas yg asing..masukkan tepung gandum..minyak masak..baking powder...vanilla sugar..and bikarbonat.kacau sampai rata..kemudian campur dalam bekas telur yg dipukul dgn gula tadi.
  • bakar dalam oven(gunakan api atas dan bawah).gunakan suhu 150 degree.
  • adunan ni utk dua kek pisang(2 bekas)supaya cepat masak.
  • bakar sampai masak..lebih kurang 1/2 jam.(atau cucuk dgn lidi..kalau adunan tak melekat pada lidi..makna dah masak)

1dl= 100g

*letak kelapa parut yg kering pun sedap*