Tuesday, February 22, 2011 By: Ira

apam balik


bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 11/2 cawan susu segar
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur

cara-cara:

  • pukul telur dan gula hingga kembang.kemudian masukkan bahan2 yg lain.Adunkan hingga sebati.Ketepikan adunan dan perap selama sejam.

Bahan-bahan untuk inti:

  • creamcorn
  • mentega
  • kacang yg di tumbuk
  • gula

Bila adunan dah diperap sejam..panaskan kuali non stick.Ambil sesenduk adunan tepung,tuang di tengah kuali dan ratakan kebahagian tepi.Tutup dgn tudung kuali atau apa sahaja yg boleh menutup kuali sehingga setengah masak.Lepas tu boleh di tabur mentega, gula,creamcorn dan kacang yg ditumbuk.Bila dah garing bolehlah dilipat dan diangkat.

*resepi creamcorn bagi yg tak jumpa atau takde jual*...

  • 1 tin sweetcorn(200gm)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 tbs gula
  • 2 tbs tepung kastard
  • 1 biji kuning telur.

Cara-cara:

  • blend sweetcorn dgn susu segar.Campurkan semua bahan dalam sauce pan dan masak.senangkan.hehhehe

0 comments:

Post a Comment