Bila cik bos lupa...
Dah 2 kali Ira terkena mcm ni...boleh kerja etra tapi tak de yg call bagitahu awal2.Bayangkan tadi Ira terkejut bila kollega telefon rumah tanya kenapa tak datang kerja?Macam mana nak datang kerja..kalau takde yg call bagitahu Ira kena kerja extra malam ni..jgn2 cik bos pun dah ada syptom nak nyanyuk..(nasib cik bos tak faham bahasa melayu).
Nasiblah belum tido lagi..walaupun dah nyaris2 nak masuk bilik..bila dapat call kena kerja.Kalau ikutkan hati..nak je cakap tak nak kerja...sbb tak info awal2.Dahlah esok dah planning dgn kawan nak pergi cari jaket winter..nampaknya tak bolehlah..balik nak tido.
Nampaknya balik kerja sebelum tido...nak call cik bos..nak luahkan perasaan tak puas hati.Kenapa tak info awal atau call beritahu yg Ira kena kerja extra?Fikirkan balik nak je cari kerja ditempat lain..tapi bila mengenangkan Ira masih menunggu jawapan dari sekolah(nak ambil beberapa subjek) pejam mata jelah hal2 mcm ni.
Agaknya staff pagi dari level 2..5 org berhenti kerja serentak..agaknya tak puashati dgn cik boslah ni.Cik bos ni mmg baik dan ok..kalau nak minta cuti..mmg senang je dia approve...tapi bila hal2 yg macam ni..cik bos ambil sambil lewa je...ada kan yg report di pejabat buruh ni..
happy birthday Maisarah Linnea
Tarikh 22 oct 2000 tarikh yg amat bermakna dalam hidup Ira dan hubby yg menlengkapkan lagi perkahwinan kami.Detik 01:20am...detik yg indah dgn kedatangan puteri kami yg comel dan sihat..dgn kelahiran seberat 2.8kg.Berbangga dgn gelaran mamma dan pappa utk pertama kali. Dan baby girl yg comel yg banyak mewarisi wajah pappa..di beri nama..Maisarah Linnea Otterdahl.
Detik berlalu dgn cepat...esok genaplah 10 thn umur Maisarah.Dari baby yg comel..akan menglangkah meninggalkan zaman kanak2 menuju ke fasa anak dara dan remaja.Kalau dapat Ira hentikan masa...tapi apakan daya..masa terus berlalu.
Pada anakku Maisarah..mamma dan pappa always love you or alltid älskar dig så mycket.And you alway pappa lilla flicka(little girl),tu yg selalu pappa cakap dgn mamma.
GRATTIS FÖR FÖDELSELDAG MIN SÖTNÖS....
Friendship dari dunia cyber

bila dikacau "tetamu" malam
Baru2 ni Ira kena jaga Level 3B,kebetulan ada patient Ira yg agak nazak..maklumlah sakit tua.Nak jadikan cerita..dalam pukul 02am patient ni mati..so...disebabkan seorg je staf malam utk satu depart..ira terpaksa minta bantuan dari kollega 3A. Mayat patient ni terpaksa kami uruskan..setelah doc sahkan kematian.
Ira dan kollega pun buatlah apa yg patut..cuci mana yg perlu..pakaikan cantik2..letak bible and tanda cross sudut tepi mayat.Kira2 dalam pukul 03:30 kami siap semua.Dah siap uruskan si mati..Ira terpaksa ronda2 kebilik yg lain..tukar mana yg perlu.Bila semua dah selesai..ira terpaksa bantu kollega 3A pulak..sbb depart ni agak berat sikit...yg memerlukan 2 org utk menukar pampers.
Dah habis bantu kollega tadi..ira pun kembali ke depart 3B,kebetulan keadaan agak tenang..so dapatlah ira minum secawan tea and kek..sambil layan tv jap.kalau cik bos tahu habis ni..hehe. Agak leka juga ira layan CSI Miami....dari bilik si mati Ira dengar perabot dialihkan..kebetulan bilik simati dekat dgn ruang tv....ira diamkan saja..walaupun takut.Kira2 10 minit kemudian..terdengar pulak toilet diflush dari bilik yg sama...masih diamkan lagi, yg buat ira tak tunggu lama..selepas alarm dari bilik simati tadi pulak berbunyi...terus turun ke level 1..
Kollega Ira agak pelik..nape ira turun tiba2..tapi teh secawan tadi tak tinggal.So sambil layan kopi bersama...ira pun cerita apa yg berlaku..kollega tadi(swedish) pun cakap..dia dah kena mcm2..selama 8 thn di kerja malam disitu.Bila dah tenang Ira terpaksa naik balik ke 3B..ira buka ayat2 suci al-quran dari komputer.Alhamdullilah..takde lagi gangguan lps tu.
selamat hari raya..
Semua tengah sibuk melakukan persiapan terakhir sebelum raya.Mesti nak tukar serba barukan?
Raya sekarang tak sama dgn raya dulu2.Dulu2..dekat nak raya sibuk menbuat kuih..sekarang dah serba mudah..kuih raya main order je(termasuk sekali dgn ira).Jadi suasana raya tu mcm dah tak terasa.Makin lama makin hilang.
Kalau dulu2..selepas solat aidilfitri..sibuk nak bertandang ke rumah saudara mara...tapi sekarang..lepas solat..terbaring depan tv.
Apa2 pun ira nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri...
Ananas(pineapple)pie
Bahan utk doh
Ramadhan and summer
Puasa tahun ni panjang sedikit dari tahun2 yg lalu.Kenapa?Sbb jatuh pada summer dan waktu siang lebih panjang.Bersahur dalam pkl 3 dan berbuka dalam pkl 21.lebih kurang 18 jam berpuasa.
Anak sulung dapat menjalani ibadah puasa separuh hari aje.Tak tahan katanya.Bersyukur juga walaupun dia dapat separuh hari aje puasa.lagi baik dari tak buat teruskan..hehehe.
buat semua yg mengunjungi blog Ira..selamat menjalani ibadah puasa.